“Neelofa Dan Suami Tiba Di IPD Untuk Beri Keterangan.” Ini Antara 2 Keterangan Yang Diberi Kepada Pihak P0lis

PETALING JAYA – Polis mengesahkan selebriti popular, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor, 32, dengan pasangan Haris Ismail, 26, sudah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk memberi keterangan, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pasangan suami isteri itu hadir di IPD sekitar pukul 6 petang.

“Rakaman percakapan terhadap kedua-duanya berlangsung kira-kira sejam, mereka dibenarkan pulang sebaik Pegawai Penyi4sat (IO) berpuas hati dengan keterangan yang diberi,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Jelasnya, pasangan berkenaan hadir bagi membantu siasatan berkenaan dua kes, pertama melibatkan dakw4an mereka menyalahgunakan borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk merentas negeri bagi tujuan berbulan madu di Pulau Langkawi.

“Keduanya, berkenaan majlis pernikahan mereka di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada 27 Mac lalu yang did4kwa tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, bagi melengkapkan kertas sias4tan, beberapa orang lagi saksi akan dipanggil untuk diambil keterangan.

Terdahulu, tular sekeping gambar di majlis pernikahannya di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada 27 Mac lalu yang did4kwa tidak mematuhi SOP.

Tidak lama kemudiannya, tular lagi beberapa keping gambar memaparkan selebriti itu dan suami berada di Langkawi hingga menimbulkan pelbagai persepsi, termasuk dakw4an merentas negeri untuk berbulan madu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pasangan terbabit akan dikompaun jika sias4tan polis mendapati kunjungan mereka ke Langkawi mel4nggar SOP PKPB. – K!ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber: https://mediabawang.net/

 

Be the first to comment on "“Neelofa Dan Suami Tiba Di IPD Untuk Beri Keterangan.” Ini Antara 2 Keterangan Yang Diberi Kepada Pihak P0lis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*