“Ada Tindakan Atau Tak Biar Saya ‘Settle’ Sendiri” Neelofa Bvka Mul0t Isv Lnggar S0P

Berikutan isu mel4nggar Prosedur Operasi Standard (SOP) dan did4kwa berbulan madu di Langkawi beberapa hari lalu, selebriti terkenal Neelofa akhirnya tampil memberi jawapan terhadap segala persoalan dalam fikiran netizen.

Memetik temubual bersama Gempak, Neelofa memohon orang ramai memberikan dirinya ruang untuk menyelesaikan isu tersebut secara profesional dan tenang.

“Berhubung isu tersebut saya mohon diberikan ruang untuk menyelesaikannya secara profesional dan tenang tanpa tekanan daripada mana-mana pihak yang berkaitan.
“Itu saja permintaan saya… Saya tidak mahu ulas panjang-panjang kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan,” katanya ketika ditemubual Gempak.

Mengulas tentang kenyataan dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai tindakan akan dikenakan sekiranya didapati bersalah mel4nggar SOP, Neelofa enggan mengulas lanjut.

“Saya rasa tidak perlu untuk mengulas tentang perkara tersebut. Ada tindakan atau tidak biar saya ‘settle’ sendiri. Jika ada perkembangan terkini saya akan maklumkan dan kita tengok nanti apa yang perlu dilakukan,” katanya lagi.

Terdahulu, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor itu mencetuskan kontr0versi apabila did4kwa merentas negeri ke Langkawi untuk pergi berbulan madu bersama suami, Haris Ismail di pusat peranginan tersebut.

Bagaimanapun, Neelofa menafikan dakw4an tersebut dan menegaskan pemergiannya itu adalah di atas urusan kerja.

Baru-baru ini, namanya dipetik sekali lagi oleh Ketua Polis Negara yang mengeluarkan kenyataan memanggil kedua pasangan itu bagi memberi keterangan setelah gambar-gambarnya di Langkawi dilihat seperti sedang bersanta bukan bekerja.

Tonton video penuh:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Sumber: Gempak (Fiza Kamarudin), HLive

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/2021/04/05/ada-tindakan-atau-tak-biar-saya-settle-sendiri-neelofa-bvka-mul0t-isv-lnggar-s0p/

 

Be the first to comment on "“Ada Tindakan Atau Tak Biar Saya ‘Settle’ Sendiri” Neelofa Bvka Mul0t Isv Lnggar S0P"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*