Sajat Mungkin Berada Di Luar Negara, PGA Mula Seb4r Gambar Sajat Di Sempadan Thailand.

Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) mengedarkan gambar usahawan kosmetik kontr0versi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau dikenali ramai dengan nama Nur Sajat, di sepanjang pos kawalan keselamatan bagi memastikan dia tidak dapat bol0s ke negara jiran.

Timbalan Komander Briged Utara PGA, ACP Mohd Noh Khamis berkata, gambar Sajat mula diedarkan sejak bulan lepas namun sehingga hari ini pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat melibatkan individu berkenaan.

“Kita memang sentiasa lakukan kawalan ket4t di sempadan, setakat ini, pintu sempadan memang tidak dibuka kepada orang awam dan hanya kenderaan berat yang membawa barangan industri sahaja dibenarkan melepasi sempadan.
“Negara paling dekat untuk dia (Sajat) keluar ialah Thailand, jadi kita akan teruskan pemerhatian. Mungkin juga akan berlaku penyamaran bagi mengelak daripada dikesan pihak penguat kuasa. Jadi kita akan teruskan kawalan ketat di semua pos kawalan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada PGA membuat kawalan ket4t di pos kawalan sempadan bagi memastikan Sajat tidak lol0s ke negara jiran.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jen4yah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, Sajat kemungkinan telah berada di luar negara selepas dikatakan menghilangkan diri sejak w4ran t4ngkap ke atasnya dikeluarkan 23 Feb lepas.

sumber : bernama

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://sinetronmalaya.com/

Be the first to comment on "Sajat Mungkin Berada Di Luar Negara, PGA Mula Seb4r Gambar Sajat Di Sempadan Thailand."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*