Nora Ariffin Dah Bersedia Melangkah Ke Fasa Baru?

Penyanyi Datuk Nora Ariffin menepis tanggapan nakal kononnya video muzik single terbaharu berjudul Naluri memberi bayangan sudah menemui pengganti.

Tergamam dengan soalan tidak dijangka, Nora atau nama Wan Norafizah Wan Ariffin, 48, menjelaskan konsep video muzik arahan Raja Syahiran itu dirangka berdasarkan video asal lagu berkenaan yang dihasilkan 25 tahun lalu.

“Saya sebenarnya ikut sahaja jalan cerita yang sudah disediakan pengarah. Lagipun, ia sekadar lagu sahaja, tidak membawa apa-apa maksud di sebaliknya.

“Berkenaan hadiah bunga dalam video muzik berkenaan, itu adalah kejutan daripada pihak produksi. Apapun, terpulanglah kepada penilaian penonton. Benda baik, saya hanya ‘amin’ sahaja,” katanya pada sidang media virtual sempena pelancaran video muzik Naluri, semalam.

Foto: IG

Video muzik itu memaparkan babak Nora menerima kiriman sejambak bunga dan sebentuk cincin, selain memperlihatkan sosok seorang lelaki di sebalik tirai.

Selain menjadi pilihan penaja video muzik iaitu Prettian, penyanyi bervokal mantap itu juga tidak menolak untaian indah kembali dirakamkan kerana ia mengingatkan kembali saat manis yang pernah dilalui bersama arwah suaminya yang men1nggal dun1a akibat ser4ngan j4ntung, empat tahun lalu.

“Sejujurnya, kalau nak bandingkan perasaan ketika merakamkan lagu ini lebih dua dekad lalu dengan sekarang, memang lain. Dahulu orang yang kita sayang ada di sebelah.

“Rindu pada arw4h tidak pernah padam. Pada saya, tidak salah jika masih merindui orang yang sudah tiada. Disebabkan itu, saya sering tekankan, sayangilah orang sekeliling sementara mereka masih ada.

“Kita tidak dapat nak sangkal keindahan lagu ini. Justeru, saya mahu pendengar meraikan cinta mereka menerusi lagu ini,” ujarnya yang turut menyimpan hasrat untuk mengadakan konsert berskala mega sempena tiga dekad berada dalam industri.

Lagu Naluri ciptaan Allahyarham Johan Nawawi diberi nafas baharu dihasilkan sempena sambutan ulang tahun ke-30 pembabitan Nora dalam dunia seni.

Sementara itu, kenyataan Nora itu turut disokong Raja Syahiran yang bukan sahaja mahu mengekalkan konsep asal video muzik berkenaan, tetapi mengambil kira pelbagai aspek lain.

Foto: IG

“Dari segi konsep, kita memang ambil berdasarkan jalan cerita asal video muzik ini. Saya tidak mahu lari dari konsep asal atau buat perubahan besar.

“Bukan sahaja mahu mengekalkan kekalkan konsep, tetapi saya mahu Nora menyanyi dengan penghayatan, rasa sama dan vokal serupa. Cuma, ia disesuaikan sedikit dengan acuan terkini,” terangnya.

Video muzik Naluri sudah boleh ditonton di laman Youtube Warner Music Malaysia sejak malam tadi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber:carihttp://www.dnq.pw/2021/04/02/nora-ariffin-dah-bersedia-melangkah-ke-fasa-baru/

 

Be the first to comment on "Nora Ariffin Dah Bersedia Melangkah Ke Fasa Baru?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*