Neelofa terima anugerah Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith

KOTA BHARU: Selebriti terkemuka tanah air, Noor Neelofa Mohd Noor dianugerahkan sebagai Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith Bagi Kategori Tokoh Berpengaruh Mega atau influencer oleh kerajaan Kelantan sempena sambutan Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) 2021.

Anak kelahiran Pasir Mas yang dikenali sebagai Neelofa itu merupakan salah seorang daripada 14 wanita yang menerima anugerah pada majlis tersebut, lapor portal berita Sinar Harian.

Bagaimanapun, Neelofa tidak hadir ke majlis tersebut kerana difahamkan berada di Langkawi selepas melangsungkan perkahwinan pada Sabtu lalu.

Bukan itu sahaja, tiada wakil atau ahli keluarga daripada selebriti itu hadir untuk menerima anugerah yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.

HSK yang merupakan program tahunan yang diperkenalkan kerajaan Kelantan itu bagi meraikan, mengiktiraf peranan serta sumbangan wanita dalam pembangunan di negeri ini.

Program ini dianjurkan oleh Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Sumber : Awani

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : https://www.tehtarikkaw.com/

Be the first to comment on "Neelofa terima anugerah Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*