‘Seusia Mudamu, Pelbagai Kenangan Yang Dikau Lalui’ – Erra Fazira

Di Instagram, primadona Malaysia iaitu Erra Fazira, telah memuat naik satu video mengenai majlis sambutan ulang tahun kelahiran anak tunggalnya iaitu Aleesya yang ke-12. Seperti ibu bapa yang lain, Erra turut memberi ucapan khas buat anaknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

Selamat Hari Jadi Anakku. Genap 12 tahun dikau dilahirkan. Seusia mudamu, pelbagai kenangan yang dikau lalui. Jadikan semua ini pengalaman istimewa buatmu. Ya Allah, terima kasih diatas anugerahMu. Sayang yang tidak berpenghujung buatmu anakku.

Menurut Erra, kenangan sewaktu melahirkan Aleesya masih segar dalam ingatannya. Tambahnya, gugur segala kes4kitan dan kep4yahan saat pertama kali mereka berdua bertentang mata. Jelas Erra lagi, kehadiran Aleesya telah menyempurnakan hidupnya sebagai seorang wanita.

Aleesya sayang Ayah, dah masuk 12 tahun hari ini. Ayah sangat bersyukur dapat jadi ayah kepada Aleeysa. Aleesya banyak mengajar Ayah tentang erti kehidupan.

Bekas suami kepada Erra Fazira iaitu Engku Emran turut memuat naik foto dan ucapan istimewa buat Aleesya. Menurut Engku Emran, pelbagai cabaran dan ujian mereka anak beranak telah tempuhi bersama. Oleh itu, dia berharap Aleesya menjadi seorang anak yang berjaya dalam hidup, hamba Allah yang sentiasa taat padaNya dan dikurniakan ketenangan yang abadi.

Terdahulu, ibu tiri kepada Aleesya iaitu Noor Nabila turut memuat naik ucapan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-12.

Sumber: Erra Fazira & Engku Emran

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : Oh bulan

 

Be the first to comment on "‘Seusia Mudamu, Pelbagai Kenangan Yang Dikau Lalui’ – Erra Fazira"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*