“Ada Juga Survh Saya K4hwin Dengan Dia” Niezam Zaidi Ditudvh Jadi Pvnca Nonny Nadirah Berubah

Berita perubahan penampilan pelakon Nonny Nadirah yang dikatakan semakin s3ksi baru-baru ini tururt memberi temp1as kepada bekas teman lelakinya iaitu aktor Niezam Zaidi.

Menurut Niezam atau nama sebenarnya Mohd Niezam Mohd Zaidi, dia menerima banyak mesej daripada netizen di laman sosial yang mengatakan dia mampu mengubah Nonny ke arah yan lebih baik dengan menikahi aktres tersebut.

Namun ada juga segelintir netizen yang menvduh pelakon berusia 29 tahun itu sebagai punca Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin berubah seperti itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Incek Steady (@niezamzaidi)

“Selepas isu itu menjadi tular, saya terima banyak mesej daripada netizen di laman sosial. Ada yang meminta saya untuk kahwin dengan Nonny sebab katanya saya saja boleh mengubah Nonny.

“Tapi ada juga yang kecam dan kata saya adalah punca perubahan tersebut. Sebab itu juga saya ada muat naik status berkenaan 1su tersebut selepas terima macam-macam mesej.

“Apa-apa pun, pesanan untuk yang kec4m dan mesej saya.. terima kasih banyak. Saya minta maaf sebab saya tak ada hak ke atas Nonny dan dia juga tak ada hak ke atas saya. Tapi saya ada hak untuk mendoakan baik-baik untuk semua orang,” katanya.

Sebelum ini, perkongsian Nonny yang berpakaian s3ksi di Instagram mengejutkan ramai termasuk rakan baiknya iaitu penyanyi Mila Jirin.

Niezam juga dilihat memuat naik status mengatakan dia yakin bahawa Nonny seorang yang kuat untuk menghadapi uj1an dan turut menitip doa agar bekas kekasihnya itu serta keluarga sentiasa dilindungi Allah.

Bagaimanapun selang sehari selepas itu, Nonny yang berusia 31 tahun itu memadam foto tersebut dan membiarkan akaun instagram miliknya tanpa sebarang perkongsian.

Dalam pada itu, pelakon filem M4m4 ini enggan mengulas lanjut kerana menganggap 1su yang melibatkan Nonny adalah ujian.

Biarpun sudah hampir tiga bulan terputus hubungan, namun pelakon drama CIndai ini akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Nonny.

“Bagi saya, apa yang berlaku itu adalah uj1an untuk saya dan semua orang. Saya tak nak komen lebih sebab saya sendiri tak pasti perkongsian itu sememangnya dia atau tidak. Sebagai manusia, saya tak ada hak nak nilai orang lain.

“Saya hanya mendoakan yang terbaik sebab saya tak percaya itu dia.. Allah lebih mengetahui. DI akhir zaman ini, macam-macam fitn4h boleh berlaku. Sebenarnya saya sendiri sudah lama tak berhubung dengan Nonny.

“Kali terakhir kamu berhubung pada 16 Januari lalu dan saya pun tak tahu dia sudah pulang ke Sabah. Kami tiba-tiba lost contact tapi setahu saya, kami tidak mempunyai sebarang masalah pun,”ujarnya.

Menerusi laporan pada 26 Oktober tahun lalu, Nonny mendedahkan perancangan dia dan Niezam untuk berkahwin tidak kesampaian kerana mengambil keputusan untuk berpis4h.

Mengenai perkembangan karier seni, dua filem terbaharu lakonan Niezam iaiatu Rempit 2 dan Airforce bakal ditayangkan pada tahun ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber: mStar

 

Be the first to comment on "“Ada Juga Survh Saya K4hwin Dengan Dia” Niezam Zaidi Ditudvh Jadi Pvnca Nonny Nadirah Berubah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*