“Saya Rasa Malu Dikec4m.. Mak Datuk Seri, Ank Macam 0rang Kampung..” – Cik B

Anak kepada usahawan Dato’ Seri Vida, Cik B mengakui bahawa dia sedar ramai netizen yang suka mengec4m dan mengkrit1k penampilan dirinya selama ini.

Menerusi temubual dalam segmen Gempak, Lancang Bethol, remaja berusia 16 tahun itu meluahkan perasaannya mengenai segala kec4man dan krit1kan yang diterima daripada netizen.

Menurut bintang Muzikal Lawak Superstar 2 itu, dia tidak kisah jika komen neg4tif tersebut ditujukan kepada dirinya namun dia bimbang tentang penerimaan ibunya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

“Saya malulah kalau kena kec4m ni, bukan malu dekat diri sendiri tetapi rasa malu kalau mak saya tengok. 
“Rasa macam kesian la kalau mak saya tengok komen orang cakap pasal saya. Apa perasaan sebagai mama jadi mak saya?
“Mak saya mestilah dia akan terasa hati sebab saya ini anak dia,” luahnya.

Bukan itu sahaja, Cik B memberitahu bahawa dia berasa malu bila dikec4m, lebih-lebih lagi jika ibunya mengetahui tentang perkara itu.

Selain itu, Cik B mendoakan ‘haters’ dan orang-orang yang sering mengec4m dirinya agar berjaya dalam hidup dan tidak membenc1 dirinya lagi.

“Saya pun tak tahulah apa silap saya, untuk anda tak suka saya. Tapi saya harap korang semua berjaya dalam hidup dan takde rasa benci terhadap saya. Kalau tak boleh berhenti, cuba berhenti perlahan-lahan,” jelasnya lagi.

Moga Cik B kuat hadapi segala ujian

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi kata-kata semangat kepada pemilik nama Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin itu.

Dalam pada itu, mereka turut menyifatkan Cik B sebagai seorang yang matang dari segi cara percakapannya.

Pemikiran dan kebolehan Cik B luar biasa

Cik B matang dari usianya

Bahasa pun bagus

Cik B menempa populariti dalam dunia hiburan apabila sering menghasilkan video-video kreatif hingga berjaya memiliki peminat tersendiri di laman sosial Instagram miliknya, @cikb_havoc66.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber: http://www.dnq.pw/

 

Be the first to comment on "“Saya Rasa Malu Dikec4m.. Mak Datuk Seri, Ank Macam 0rang Kampung..” – Cik B"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*