[FOTO & VIDEO] Cantik Dan Mewah!! Sekitar Majlis Pernikahan Neelofa, PU Riz Bertemakan Serba Putih

Selepas hampir seminggu warganet ternanti-nanti berita pernik4han selebriti dan usahawan cantik, Noor Neelofa Mohd Nor, 33 dan pend4kwah muda, Muhammad Haris bin Mohd Ismail atau PU Riz akhirnya pasangan ini s4h bergelar suami isteri.

Neelofa, 32, sah bergelar isteri kepada PU Riz atau nama sebenar Haris Ismail, 26, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 11.40 pagi, Sabtu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ‎نور نيلوفا (@lofa.page)

Pasangan itu dinik4hkan oleh adik Neelofa iaitu Mohamed Aqief Mohd Noor yang berwakil walikan bapa kandungnya dan pengantin perempuan menerima mas kahwin sebentuk cincin.

Pasangan pengantin itu meluahkan rasa syukur majlis akad nikah mereka berjalan dengan lancar dan berharap perkahwinan mereka menjadi satu ikatan abadi.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis pernikahan kami. Kami berharap agar pernik4han ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT, insya-Allah,” ujar Neelofa dan Haris.

Turut hadir ahli keluarga Neelofa iaitu Datuk Halim Khan dan Datin Noor Kartini serta ahli keluarga Haris, Datuk Seri Ismail Nobat dan Datin Seri Normah Johar. Majlis pernik4han mereka diadakan secara tertutup hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat di Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Majlis akad nikah Neelofa dan PU Riz berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur itu hanya dihadiri sekitar 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan tetamu yang diundang dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Suasana majlis berjalan sederhana dengan semua tetamu memakai serba putih dan tetamu wanita menutup aur4t.

Pelamin pasangan ini dihiasi tema bunga segar putih yang cukup indah hasil sentuhan Reka Teemor yang turut menjadi perancang perkahwinan majlis kakak Neelofa, Noor Nabila yang bernikah dengan Engku Emran sekitar minggu lalu.

FOTO & VIDEO:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ‎نور نيلوفا (@lofa.page)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ‎نور نيلوفا (@lofa.page)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ‎نور نيلوفا (@lofa.page)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ‎نور نيلوفا (@lofa.page)

Perkahwinan Neelofa dan Haris ini antara ‘wedding Of The Year’ buat golongan selebriti kerana menjadi salah satu majlis yang sangat dinantikan oleh peminat-peminat mereka.

Semoga ikatan yang dibina ini berkekalan hingga ke Jannah. Aamiin.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber: lofa.page, Mstar

 

Be the first to comment on "[FOTO & VIDEO] Cantik Dan Mewah!! Sekitar Majlis Pernikahan Neelofa, PU Riz Bertemakan Serba Putih"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*