Biodata Dan 1O Fakta Menarik PU Riz Yang Tak Pernah Diceritakn, ’20 Tahun Saya Belajar Sekolah Pondok’

Majlis pernikahan Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 32, dengan pasangan Haris Ismail, 26, kini trending di media sosial hari ini.

Setakat pukul 1.30 petang, kisah tentang majlis perkahwinan tersebut yang berlangsung pagi ini telah mendapat lebih 40,000 ciapan di laman sosial Twitter.

Ciapan tentang majlis perkahwinan Neelofa dan Haris malah jauh mengatasi ciapan berkenaan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang juga diadakan hari ini.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut dan mendoakan kebahagian dalam kehidupan mereka yang seterusnya.

Pasangan itu dinikahkah adik lelaki Neelofa, Mohd. Aqief Mohd. Noor kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Neelofa menerima sebentuk cincin sebagai mas kahwin daripada pihak lelaki, namun jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan kedua-dua belah mempelai.

Kenali siapa PU Riz, ini 10 fakta menarik beliau

1) Dikenali sebagai PU (Pencetus Ummah) Rizz dan Riz Ismail. Beliau merupakan anak kedua daripada tiga orang adik-beradik. PU Riz gemar bermain futsal seperti kebanyakan lelaki muda lain.

2) Pemegang Diploma Pengajian Islam dan masih mengiku pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).

” Saya mungkin bakal bergelar guru dan mungkin akan menjadi penasihat undang-undang nanti tetapi perancangan akan fokus semula dalam kerjaya seni selepas habis belajar.” kata PU Riz.

3) Merupakan pendakwah dan pelakon yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2016. Mula popular selepas penyertaannya dalam program realiti Pencetus Ummah musim ke empat pada 2016.

4) Juga pernah bersaing dalam Akademi Sahur Asia (AKSl Asia) 2017 yang turut melibatkan peserta dari Singapura, Indonesia dan Brunei.

5) Antara drama dibintanginya seperti Selafaz Cinta, Air Mata Di Bumi Matador, Lelaki Kiriman Tuhan, Dosanya Perempuan, Kelip Kelip Kota London, Geng Tadarus, Anugerah Cinta Aisyah dan banyak lagi.

6) Pembabitannya di layar perak menerusi filem Ada Apa Dengan Dosa pada 2019.

7) Pernah menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir, meskipun hanya bertahan selama setahun kerana terpaksa pulang ke Malaysia selepas peperangan yang berlaku di sana.

” Saya juga habiskan masa remaja saya sampai 20 tahun belajar sekolah pondok di Besut, Terengganu,” katanya kepada Gempak.

8) Sering diundang Neelofa sebagai pendakw4h dalam majlis ilmu anjuran pengacara dan usahawan terkenal itu. Dikatakan dari situ hubungan mereka bermula.

9) PU Riz menguruskan perniagaan bersama keluarga iaitu Food Station yang sudah ada lebih 10 outlet dalam Malaysia.

10) Bapa PU Riz merupakan ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang sangat berjaya namun memiliki sikap yang sangat merendah diri serta tidak mahu dikenali.

Bapa PU Riz sentiasa berikan yang terbaik untuk anak-anak, didikan agama yang cukup dan hantar sekolah agama yang terbaik.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:sinarplus dan k0smo

 

Be the first to comment on "Biodata Dan 1O Fakta Menarik PU Riz Yang Tak Pernah Diceritakn, ’20 Tahun Saya Belajar Sekolah Pondok’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*