“Ser4m & tak selesa” – Mia Sara minta pengguna IG henti hantar mesej ini

Pelakon remaja, Mia Sara Nasuha meminta pengguna laman Instagram berhenti menghantar mesej atau ‘direct message’ (DM) berunsur luc4h yang berselindung di sebalik akaun p4lsu.

Menerusi ciapan di Twitter, pemilik nama Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan itu menegaskan tindakan tidak bermoral tersebut menyebabkan dirinya berasa t4kut dan tidak selesa.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Mia Sara Nasuha (@therealmiasara)

“Hentikan mesej g4ngguan s3ksval dengan menggunakan akaun Instagram yang pelik. Ia tidak selesa dan menyer4mkan. Seseorang tolong bantu saya,” tulisnya.

Selain itu, pelakon berusia 16 tahun tersebut turut meminta segelintir warganet yang disifatkan ‘meng4nggu’ dapat memberi ruang privasi kepada ahli keluarga dan dirinya.

“Korang dah pergi terlalu jauh. Tolonglah, saya dan keluarga memerlukan sedikit privasi juga,” luahnya minggu lalu.

Terdahulu, Mia yang bertudung sejak usia 11 tahun mendedahkan terdapat syarikat produksi meminta dirinya membuka tudung bagi menjayakan babak lakonan.

Namun demi mempertahankan auratnya, dia terpaksa menolak pelbagai tawaran sehingga orang ramai beranggapan dia sudah tidak aktif lagi dalam industri seni.

Sumber: Twitter @MiaSaraNasuha

‘Buka tudung, no way!’ – Mia Sara

Terdahulu Pelakon remaja, Mia Sara Nasuha, 16, mended4hkan masih ada syarikat produksi memintanya membuka tudung, sedangkan dirinya sudah berhijab sejak lima tahun lalu.

Atas faktor berkenaan, Mia Sara berkata, dia terpaksa menolak banyak tawaran lakonan hingga menyebabkan ramai beranggapan dirinya sudah tidak aktif dalam lakonan.

“Nak suruh saya buka tudung, tak mungkin akan berlaku. Saya lebih rela tidak berlakon daripada membuka tudung demi memenuhi permintaan mereka.

“Saya akui, tawaran lakonan semakin berkurangan sejak mula mengenakan hijab. Ia tidak lebat seperti suatu ketika dahulu. Baru-baru ini pun masih ada tawaran yang meminta saya membuka tudung selepas diberitahu mengenai watak yang ditawarkan.

“Bukan sekali, ia berlaku berkali-kali, lebih lagi pada peringkat awal saya bertudung. Sebab itu jugalah saya banyak tolak tawaran lakonan. Ia bukan sebab saya tak mahu berlakon,” katanya kepada BH Online.

Dedah Mia, memberikan watak tidak bertudung kepadanya umpama memintanya menanggalkan hijab.

“Oleh sebab terima banyak tawaran watak tidak bertudung, jadi saya jarang kelihatan di kaca televisyen (TV) sekarang ini. Apabila kurang berlakon, timbul pula andaian saya sudah tidak berminat berlakon lagi dan mahu fokus pada pelajaran.

“Saya minta sangat pihak luar menghormati pendirian saya yang sudah bertudung. Saya pakai tudung bukan atas paksaan sesiapa, ia hadir atas kerelaan hati,” katanya.

Mia berkata, perkara itu juga membuatkannya hilang keyakinan diri untuk kembali aktif berlakon. Bagaimanapun, tetap bersyukur tawaran masih ada dalam industri lakonan.

“Saya mula berlakon semula, tahun lalu. Disebabkan itu, saya cuba mendapatkan kehidupan lama. Bagaimanapun, apabila ditawarkan watak tidak bertudung, jujurnya saya mula hilang keyakinan diri.

“Saya reda dan tak pernah ralat dengan keputusan berhijrah ini. Saya bersyukur walaupun kurang tawaran lakonan, tetapi sentiasa ada rezeki lain yang datang,” katanya.

sumber: bharian, ohmymedia

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : http://trendingsangat.pw/

 

Be the first to comment on "“Ser4m & tak selesa” – Mia Sara minta pengguna IG henti hantar mesej ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*