Alhamdulillah! Sah Ernie kini isteri Syamel, disatukan sempena berkat hari Jumaat

PASANGAN duet popular Syamel dan Ernie Zakri selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz pada pukul 10.30 pagi Jumaat.

Majlis akad nikah pasangan itu berlangsung secara tertutup di Masjid Puncak Alam, Selangor dengan dihadiri 20 ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Pasangan itu dinikahkan jurunikah, Ustaz Zainal dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Zakri Ahmad.

Pada majlis itu, Syamel menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 dan seutas gelang tangan berlian namun wang hantaran tidak dinyatakan.

Ernie mengadakan majlis berinai malam Khamis.

Syamel atau nama sebenar, Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 28, memberikan lima dulang hantaran berbalas tujuh.

Terdahulu, Ernie mengadakan majlis berinai pada malam Khamis dengan mengayakan jubah berwarna putih.

FOTO Majlis  Malam Berinai

Pasangan ini akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi pada 3 April ini di sebuah lokasi di Kuala Lumpur.

Syamel dan Ernie atau nama sebenar Nur Ernie Shahirah Zakri, 29, mulai rapat selepas terbabit dalam program Duo Star terbitan Astro pada 2017.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos tahun lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber: MSTAR

 

Be the first to comment on "Alhamdulillah! Sah Ernie kini isteri Syamel, disatukan sempena berkat hari Jumaat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*