Najib kant0i tak guna aplikasi MySejahtera, tapi tindakan dia buat ramai respek

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengaku tidak mendaftar masuk menggunakan aplikasi MySejahtera sebelum menjamu selera di sebuah restoran di Kuala Lumpur.

Menerusi catatan di Facebook pada Jumaat, Najib menyatakan kesediaan untuk membayar denda dan bertegas tidak mahu sebarang isu ‘double standard’ dalam kesnya.

“Ya benar. Saya makan di Kedai Nasi Ayam Chee Meng. Kedai ini popular di KL. Ramai yang beragama Islam makan di sini juga.

“Seperkara lagi ialah mengenai ‘check-in’. Aturan dibuat dan saya dibawa masuk ke kedai terus setibanya di sana.

“Saya mengaku kesilapan saya pada kali ini tidak membuat check-in sendiri walaupun pegawai-pegawai saya telah berbuat demikian,” ujarnya dalam posting itu.

Tambah Najib, dia lazimnya mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikuatkuasakan dalam setiap aktiviti atau pergerakan.

“Tidak mengapa. Saya minta pihak berkuasa keluarkan sam4n terhadap saya atas kesilapan tidak sengaja ini.

“Komp4un untuk tidak scan MySejahtera diumum sebagai RM1,500 dua hari lalu oleh Menteri. Saya bayar sebelum tempoh tujuh hari untuk dapat early bird diskaun 50 peratus iaitu denda RM750.

“Saya akan membayar sam4n atas kesilapan saya ini secara sukarela. Tidak ada double standards dalam istilah saya,” katanya.

Najib dalam pada itu juga berkata dia terbuka dengan pandangan dan krit1kan yang dilontarkan.

Berikut penjelasan penuh Najib di Fcebook beliau

Salam sejahtera. Saya buat, saya mengaku.

Saya menerima baik krit1kan dan pandangan.

Ya benar. Saya makan di Kedai Nasi Ayam Chee Meng.

Kedai ini popular di KL. Ramai yang beragama Islam makan di sini juga.

Seperkara lagi ialah mengenai “check-in”.

Aturan dibuat dan saya dibawa masuk ke kedai terus setibanya di sana.

Saya mengaku kesilapan saya pada kali ini tidak membuat check-in sendiri walaupun pegawai-pegawai saya telah berbuat demikian.

Kebiasaannya, saya mematuhi segala SOP yang telah dikuatkuasakan dalam aktiviti atau pergerakan saya.

Tidak mengapa.

Saya minta pihak berkuasa keluarkan sam4n terhadap saya atas kesilapan tidak sengaja ini

Komp4un untuk tidak scan MySejahtera diumum sebagai RM1,500 dua hari lalu oleh Menteri PN.

Saya bayar sebelum tempoh 7 hari untuk dapat early bird diskaun 50% iaitu dend4 RM750.

Saya akan membayar saman atas kesilapan saya ini secara sukarela.

Tidak ada double standards dalam istilah saya.

Orang lain, parti lain, menteri-menteri saya tak tahu lah.

Mereka ada dua darjat itu hal mereka.

Saya tidak mahu ada dua darjat bagi kes saya.

Saya juga ingin berkata bahawa saya masih mengulangi ujian Cov1d-19 kerap kali dan setakat ini semuanya neg4tif.

Insya-Allah semoga kita semua terus diberkati Allah SWT.

Oh ye. Seperkara lagi, saya ditanya mengenai pengawal pengiring saya.

Ya. Pemberian semula ini adalah mengikut ketetapan sebagaimana yang disediakan untuk bekas Perdana Menteri dan diberi balik kerajaan PN beberapa bulan dahulu.

Tidak lebih, tidak kurang, tiada layanan istimewa.

Tanya PM7/PM7i. Dia pun dapat.

Najib juga menjelaskan restoran tersebut mendapat sijil halal

“Ramai orang Melayu yang kerja dan makan di sini. Ada sijil Jakim juga. Tak salah untuk try”

Ramai yang komen dan tanya tadi.Restoran nasi ayam hainan itu adalah halal.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Najib kant0i tak guna aplikasi MySejahtera, tapi tindakan dia buat ramai respek"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*