“Complete..”- Nabila Memuatnaik Status Bahagia Bersama Suami, Jebat Dan Engku Aleesya

Kuala Lumpur: “Complete (lengkap).”

Itu perkongsian kakak kepada selebriti, Neelofa iaitu Noor Nabila menerusi hantaran foto yang memaparkan dia bersama suami, Engku Emran Zainal Abidin, anak Emran, Engku Aleesya dan anak Nabila, Jebat Jayden.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Noor Nabila (@noornabila)

Perkongsian di Instagram yang dimuat naik hari ini turut disertakan emoji hati (love).

Dalam hantaran lain, Nabila mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudah mendoakan dia bersama suami.

“Terima kasih yang tidak terhingga untuk doa yang dititipkan buat saya dan suami atas berlangsungnya majlis pernikahan kami.

“Semoga kami dapat melengkapi hidup masing-masing, saling membahagiakan antara satu sama lain dan semoga Allah SWT sentiasa memberkati perkahwinan ini dan melanjutkan rasa cinta kami hingga ke jannah, Insya-Allah,” katanya.

Sementara itu, Emran menerusi hantaran di Instagram juga menulis kata-kata indah.

“Hari pertama. Semoga kita melintasi garisan penamat bersama di syurga sayangku,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by In Safe Hands (@narmeukgne)

Terdahulu, pasangan ini bernikah di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, semalam.

Ini adalah perkahwinan ketiga mereka. Engku Emran pernah berkahwin dengan pelakon popular, Erra Fazira dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 12 tahun. Selepas bercer4i, Emran berkahwin pula dengan artis terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun tidak dikurniakan anak.

Nabila pula selepas gag4l dalam perkahwinan pertama, dia berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad dan dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia tiga tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : HM

 

Be the first to comment on "“Complete..”- Nabila Memuatnaik Status Bahagia Bersama Suami, Jebat Dan Engku Aleesya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*