“Wartawan 90% tepat” – Sharnaaz berita Nabila kahwin hari ni

Takde angin takde ribvt, tiba-tiba sahaja g0sip hbngan antara Noor Nabila dengan Engku Emran menjadi topik bualan ramai sejak minggu lalu.

Semuanya bermula apabila kakak kepada personaliti popular, Neelofa itu kerap berkongsi gambar dan video memperlihatkan mereka berada di satu lokasi yang sama.

Ramai percaya Noor Nabila dan bekas suami Erra Fazira itu kini dilamun cinta apatah lagi beberapa entri dikongsikan Engku Emran di Instagram seakan mengiyakan hbngan mereka.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Noor Nabila (@noornabila)

Namun sejak semalam, g0sip itu dikatakan semakin bertiup kencang.

Ia susulan Noor Nabila yang juga bekas isteri Sharnaaz Ahmad itu did4kwa bakal diijabkabulkan dengan Engku pada Jumaat (hari ini).

Mengulas mengenai perkara itu, Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 36, bagaimanapun berkata dia tidak berhak untuk mengesahkan perkara tersebut.

” Fasal Nabila nak kahwin esok ka, apa ka… Saya rasa wartawan zaman sekarang memang 90 peratus tepat (khabar angin Nabila bakal kahwin).

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Noor Nabila (@noornabila)

” Tapi saya tak boleh nak komen lebih fasal benda ini sebab saya bukan dalam position untuk bercakap atau memberi sebarang komen.

” Tetapi jika betul benda itu (Nabila bakal kahwin) itu dikeluarkan secara rasmi pada satu hari nanti,

Bdrkait rapat dengan bapa tiri jebat

” InsyaAllah saya sendiri akan keluarkan kenyataan sebab itu berkait juga dengan (individu yang) bakal jadi bapa tiri Jebat juga,” katanya kepada mStar.

Bagaimanapun, Sharnaaz berkata, jika perkara tersebut benar, dia sentiasa mendoakan kebahagiaan Nabila, 37, yang juga merupakan kakak kepada pengacara dan usahawan, Neelofa.

Selain itu tambah Sharnaaz, dia menyokong apa juga keputusan yang terbaik untuk bekas isteri dan anaknya itu.

” Saya hanya mendoakan kebahagiaan semua orang. Nabila ada hak untuk bahagia, so why not… semoga dia bahagia.

” Kalau mereka gembira, gembiralah saya. Happy anak saya, happy juga saya,” katanya.

Sharnaaz berkhwin dengan Nabila pada 30 Mac 2017 dan mereka disahkan berc3rai pada 9 Julai tahun lalu secara hkam.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia dua tahun setengah.

Engku Emran, 46, pula berpisah dengan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella, juga pada Julai tahun lalu selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Sebelum ini, Engku Emran pernah mendirikan rmah tangga dengan pelakon dan penyanyi, Erra Fazira dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya, 11 tahun.

Sementara itu, semalam, Nabila dalam kenyataannya kepada HarianMetro baru-baru ini turut memohon supaya dia diberikan ruang peribadi berhubung d4kwaan hbngan percintaannya dengan Engku Emran.

” Buat masa sekarang, saya mohon diberikan ruang untuk mengelak sebarang kemungkinan yang tidak baik.

” Saya akan berkongsi dengan lebih lagi pada masa yang sesuai. Saya sangat harap permintaan ini diterima baik dan dihormati oleh semua,” katanya.

Nabila berkata, dia belum bersedia untuk menceritakan secara terperinci kisah peribadinya kepada umum.

Katanya, apa yang penting ketika ini adalah untuk memastikan anak tunggalnya, Jebat Jayden dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan sempurna.

” Apabila sudah sampai waktu yang tepat saya akan kongsikan, tapi sekarang fokus utama adalah anak saya.

” Jayden adalah cinta hati saya ketika ini. Saya ingin besarkan dia dengan penuh kasih sayang dan diberikan didikan dengan sebaik mungkin,” katanya.

Sebelum ini, hubungan pasangan itu turut menjadi tumpuan netizen apabila gambar mereka berbasikal bersama rakan lain dimuat naik di Instagram.

Baru-baru ini, Engku Emran turut memuat naik foto di Instagram menunjukkan bayangan wajah Nabila yang ketika itu berada dalam kereta bersamanya.

Menerusi perkongsian itu turut tertera judul lagu By Your Side nyanyian Sade di skrin radio kereta berkenaan sekali gus mengukuhkan dakwaan mereka sedang bercinta.

Apa yang menarik, Engku Emran turut muat naik keterangan romantis dalam hantaran foto itu.

“Choppy until you came along,” tulisnya.

Bagaimanapun, Engku Emran menutup ruangan komen hantaran foto itu.

Apapun sama-sama kita nantikan adakah betul mereka akan berkahwin hari ini seperti did4kwa.

Sumber:mstar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  :  http://trendingsangat.pw/

 

Be the first to comment on "“Wartawan 90% tepat” – Sharnaaz berita Nabila kahwin hari ni"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*