Jurulatih pemandu lokomotif m4ut di Bangkok, sahabat setia sanggup tunggu berjam-jam di KLIA hanya ada satu permintaan – “Dapat pegang kerand4 pun jadilah”

APABILA seseorang itu berbuat baik dengan orang, dirinya akan menjadi orang yang disenangi.

Pemerg1annya bukan sahaja ditangisi keluarga dan sanak-saudara, malah sahabat handai kerana kebaikan arw4h semasa hayatnya.

Begitulah yang berlaku terhadap seorang lelaki berusia 45 tahun yang dijemput Ilah1 akibat s4kit jantvng.

Menerusi satu perkongsian di halaman Facebook Skuad Pengurusan Jen4zah Malaysia (SPJM), Allahy4rham yang berkhidmat sebagai pemandu lokomotif telah dihantar ke Bangkok, Thailand untuk menjadi jurulatih pemandu lokomotif, selama dua tahun.

Jen4zah yang tiba di KLIA dari Bangkok, Thailand untuk dikebvmikan.

Mengulas lanjut, Allahyarh4m meninggal dunia pada 5 Mac, namun jen4zah baru dapat diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di ibu negara Thailand itu, pada Khamis lalu berikutan perlu melalui beberapa prosedur.

“Jenaz4h selamat tiba di kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 9 malam 11 Mac (Khamis).

“Alhamdulillah skuad kami selamat tiba di Masjid Tanah Merah, Kelantan pukul 9 pagi 12 Mac menghantar jenaz4h seorang lelaki yang meningg4l dunia di Bangkok,” katanya di Facebook SPJM.

 

SubhanAllah, sungguh akrab persahabatan mereka sehingga kami rasa terharu dengan pengorbanan mereka

SKUAD PENGURUSAN JENAZ4H MALAYSIA (SPJM)

SPJM berkata, Allahyarh4m meninggalkan seorang balu dan tiga anak, di mana anak sulungnya sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan bongsu berusia enam tahun.

Menurutnya, suasana di pintu masuk MASkargo ternyata berbeza pada malam tersebut, apabila ramai yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir.

“Ramai sahabat arw4h yang setia menunggu di pintu masuk MASkargo untuk melihat arw4h buat kali terakhir.

“Kami tidak dapat memenuhi permintaan mereka kerana tiada tempat yang sesuai untuk kami membuka ker4nda yang masih berbungkus dan dipaku,” katanya.

Pengurusan jenaz4h di Masjid Ismail Petra, Tanah Merah di Kelantan.

Bagaimanapun, kata SPJM, sahabat-sahabat Allahy4rham memohon kebenaran kepada skuad untuk sekadar memegang ker4nda bagi memberi penghormatan terakhir.

“Boleh tak kami nak pegang ker4nda arw4h pun jadilah,” kata SPJM memetik kata-kata yang disampaikan oleh sahabat-sahabat arw4h.

Kesediaan dan kesanggupan mereka menunggu ketibaan jen4zah selama berjam-jam itu membuatkan anggota SPJM yang berada di lokasi kejadian terharu dengan situasi itu.

“SubhanAllah, sungguh akrab persahabatan mereka sehingga kami rasa terharu dengan pengorbanan mereka dari petang hingga tengah malam menunggu untuk memberi penghormatan terakhir walaupun hanya sekadar memegang ker4nda sahabatnya sahaja.

“Setelah urusan tuntutan jen4zah di KLIA selesai kira-kira pukul 12 tengah malam, skuad kami terus menuju ke Tanah Merah, Kelantan menghantar jenaz4h untuk tatapan terakhir oleh ahli keluarga dan disemadikan.

“Semoga r0h almarhum ditempatkan dalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh. Amin,” kata SPJM.

Jenazah yang diuruskan di Masjid Ismail Petra di Tanah Merah, selamat dikebumikan pada Jumaat.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : mstar

 

Be the first to comment on "Jurulatih pemandu lokomotif m4ut di Bangkok, sahabat setia sanggup tunggu berjam-jam di KLIA hanya ada satu permintaan – “Dapat pegang kerand4 pun jadilah”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*