Anwar Ibrahim, Wan Azizah Terima Suntik4n V4ksin Di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah selesai menerima suntik4n v4ksin COV1D-19 dos pertama di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur pagi ini.

Menerusi laman sosial Twitter, beliau memberikan ucapan penghargaan kepada pasukan petugas perubatan di atas kerjasama yang diberikan.

“Terima kasih kepada pasukan petugas perubatan yang diketuai Dr Murugesu Raju atas khidmat serta kerjasama baik yang diberikan sepanjang proses berlangsung,” ujarnya.

Ahli Parlimen Port Dickson itu sekali gus menggesa rakyat supaya segera mendaftar dalam program imunisasi melalui aplikasi MySejahtera.

“Saya menggesa rakyat untuk segera mendaftar melalui aplikasi MySejahtera dan jangan berlengah.

“Saya mencadang permudahkan proses pendaftaran dan ketika mengambil v4ksin, memandangkan terlalu rumit dengan borang serta semakan,” katanya.

Beliau turut berharap rakyat sedar akan kepentingan v4ksin dan meningkatkan pembacaan mengenainya. “Penting juga untuk kita keluar dari zaman sak1t ini, dan seterusnya dapat membina serta memulihkan ekonomi kita,” katanya lagi.

sumber:gempak

Be the first to comment on "Anwar Ibrahim, Wan Azizah Terima Suntik4n V4ksin Di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*