Tauke Kedai Dikmpaun RM1OOO Tak Pkai Mask Pdahal Tkde PInggan Pun Dlm Kdai. Bini Tgh Minum Pun Kena

Tndakan pihak penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor, yang memberi komp4un kepada pemilik premis menjual seragam sekolah ketika tiada pelanggan mengundang persoalan.

Menurut pemilik premis, Hong Chee Sheng, 52, kmpaun diberikan terhadap dia dan isterinya, Yong Chan Chin, 48, semasa pemeriksaan di premis mereka yang terletak di Jalan Dedap 9, Taman Johor Jaya, di sini pada Ahad lalu.

Katanya, ketika kjdian tiada seorang pun pelanggan berada di dalam kedai.

” Kerana tiada pelanggan, saya yang berada di kaunter menanggalkan pelitup muka.

” Manakala isteri berada di bahagian belakang sedang menikmati minuman juga tidak memakai pelitup muka. Anak saya berusia 12 tahun berada di dalam kedai.

” Saya sedar ada lelaki mengambil video dari luar premis dan tidak lama kemudian mereka cakap dengan kuat sebagai penguat kuasa mahu memberi komp4un kerana tidak memakai pelitup muka,” katanya ketika ditemui di kedainya di sini, hari ini.

Chee Sheng berkata, dia merasa pelik kerana isterinya yang pada ketika itu sedang minum di belakang turut dikomp4un.

Katanya kmpaun yang dikeluarkan RM1,OOO setiap seorang mengikut Peraturan 15 PPPPB (LDKTJ) (Kawalan Pergerakan) 2021.

” Saya tidak boleh tidur malam beberapa hari memikirkan apa kesalahan kami. Sedangkan semasa kmpaun diberikan tiada pelanggan di dalam kedai.

” Jumlah itu besar bagi kami yang berniaga kerana keadaan ekonomi juga truk ketika ini,” katanya yang mahukan penjelasan.

Sementara itu, Ketua Bahagian MCA Pasir Gudang, Tan Tuan Peng (baju putih) berkata seharusnya mereka memberi nasihat, kerana tiada pelanggan di dalam premis pada ketika itu.

Katanya, dalam Akta tiada menyatakan perlu memakai pelitup muka 24 jam di dalam premis.

” Ia bergantung kepada keadaan, sekiranya kawasan kedai itu sesak dan terdapat pelanggan tetapi mereka tidak pakai pelitup muka, memang perlu dikomp4un.

” Tetapi dalam kedai pada waktu itu hanya pemilik berada dikaunter, isteri pula sedang minum. Minum mana perlu pakai pelitup muka.

” Saya mohon peniaga yang mempunyai masalah seperti ini agar tampil membuat aduan. Saya akan ajukan masalah ini kepada Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang juga Menteri Pengangkutan, bagi suarakan masalah ini di Parlimen,”katanya.

Sementara itu, KPDNHEP negeri Johor dalam satu kenyataan balas berkata, pihaknya mengambil maklum tentang isu dua komp4un yang dikeluarkan oleh pegawai penguat kuasanya terhadap peniaga terbabit.

” Pihak kami memperoleh laporan pengkmpaunan yang dirujuk dan sedang meneliti asas tndakan yang dikenakan kepada peniaga berkenaan.

” Sekiranya didapati terdapat asas komp4un tidak sepatutnya dikenakan, KPDNHEP akan merujuk perkara ini kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan syor supaya kmpaun tersebut dipertimbangkan semula.

” KPDNHEP akan menghubungi peniaga-peniaga yang berkenaan perkembangan perkara ini selanjutnya,” katanya.

Sumber:hmetr0

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://limauais.pw/2021/03/13/tiada-pelanggan/?fbclid=IwAR0C2a1zbKc7LHWstcFYGh-k3BLQL6GOHKzmnJOD6moKFi_nUNpeJyInitE

 

Be the first to comment on "Tauke Kedai Dikmpaun RM1OOO Tak Pkai Mask Pdahal Tkde PInggan Pun Dlm Kdai. Bini Tgh Minum Pun Kena"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*