Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan dua nama besar kedua-dua selebriti ini, Hannah Delisha dan Neelofa apabila perubahan mereka mendapat perhatian luar biasa peminat yang turut menjadikan dua pelakon ini sebagai inspirasi.
Walau bagaimanapun, dalam satu perkongsian Hannah Delisha yang mengayakan busana lengkap milik perniagaan Neelofa menjadi bualan hangat peminat.
Apabila kecantikannya yang semakin menyerlah membuatkan posting ini mendapat ribuan tanda suka dan dihujani dengan ratusan komen cantik oleh peminat dan pengikut.
View this post on Instagram
Selain perkongsian terbabit yang menunjukkan koleksi raya yang dipakai Hannah Delisha nampaknya posting dilakukan menerusi ruangan Instagram Naelofar juga menjadi bualan warganet.
Manakan tak, siapa menyangka dapat menyaksikan kedua-dua selebriti ini bersama dan nampaknya Neelofa bersama Hannah Delisha bergandingan dalam memaparkan koleksi baju raya sempena sambutan hari raya tahun ini.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Melalui video dan perkongsian foto itu ternyata dalam masa yang sekejap juga mengundang puluhan komen ditinggalkan kerana orang ramai cukup tertarik dengan kecantikan dua-dua selebriti berkenaan.
Ada yang memuji bahawa Neelofa mahupun Hannah Delisha sama-sama cantik dan tak kurang juga baju digayakan mereka membuatkan ramai tertarik.
“Sama-sama cantik dan sweet”
“Both of you guys pretty Neelofa dan Hannah…”
“Dua-dua comel sangat”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : HCL
Be the first to comment on "Kecantikan Hannah Delisha & Neelofa jadi bualan peminat, “Ini cantik betul”"