“Ibu Kemurvngan..” Anak Sulung Tak Sek0lah, J4ga Adik-adik yg Masih Kecil

Kadangkala, kita tidak bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan dan sering membandingkan diri dengan orang lain yang lebih senang daripada kita. Cuba kita diam dan fikir sejenak tentang kisah sedih yang menimpa kanak-kanak ini.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah perumpamaan yang sesuai digambarkan bagi kisah seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ini.

Walaupun masih kecil, hidupnya diuji apabila terpaksa menjaga lima adik-beradiknya yang lain tanpa bimbingan kedua ibu bapa.

Kisah menyayat hati tentang kanak-kanak yang dikenali sebagai Mimi itu dikongsi oleh seorang pengguna Facebook menggunakan akaun bernama Dielah Midi.

Ayah dit4ngkap, ibu hidap kemurung4n

Menerusi perkongsian berkenaan, wanita itu menceritakan ketabahan Mimi yang juga merupakan anak sulung keluarga itu di mana dia terpaksa menjadi ibu bapa segera buat adik-adiknya.

Difahamkan lagi, keenam-enam adik-beradik terbabit telah diserahkan oleh ibunya kepada nenek mereka selepas bapanya dit4ngkap akibat memiliki barangan terlarang.

Apa yang lebih sedih adalah apabila ibunya yang mengalami kemurungan sudah bertekad tidak mahu lagi kesemua anak-anaknya atas dasar kesempitan hidup.

Nenek pula bekerja di kawasan berdekatan rumahnya jadi, tiada siapa yang boleh menjaga adik-adiknya di rumah selain Mimi.

Justeru itu, sebagai kakak sulung, Mimi mengorbankan masa depannya dengan tidak pergi ke sekolah untuk menjadi ibu dan ayah kepada adik-adik di rumah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa simpati dengan nasib yang menimpa enam beradik itu dan mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan.

Mana tidaknya, masing-masing masih kecil dan memerlukan kasih-sayang daripada ibu bapa.

Sumber: Facebook Dielah Midi

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/2021/03/06/ibu-kemurvngan-anak-sulung-tak-sek0lah-j4ga-adik-adik-yg-masih-kecil/

 

Be the first to comment on "“Ibu Kemurvngan..” Anak Sulung Tak Sek0lah, J4ga Adik-adik yg Masih Kecil"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*