Diana Danielle Berrang Selepas Pembeli Barang Dia Buat ‘Magik’ Lepas COD Barang

PELAKON Diana Danielle meluahkan rasa kessal terhadap individu yang bersikap tidak bertanggungjawab selepas bersetuju untuk membeli barang terpakai miliknya namun menghilangkan diri selepas penghantaran dilakukan.

Menerusi Instagram, Diana, 30, berkata, tindakan pembeli itu hanya menyusahkan pihak penghantaran (runner) yang terpaksa mencari dan menunggu lama bagi menyerahkan barang tersebut.

“Saya tidak kisah siapa pun nak beli atau nak cancel sebab itu bukan sumber pendapatan saya… saya nak letgo barang yang penuh kat rumah ni.

“Lebih berhemah jika anda nak cancel tu terus cakap, tak perlu segan silu, kami okey sahaja.

“Orang tu (runner) dah habiskan minyak pergi sana dan awak pun hilang! Sedangkan ramai lagi yang nak beli, saya utamakan awak sebab first come first serve,” katanya.

Diana berkongsikan keluhannya di Instagram.

Individu tersebut difahamkan secara tiba-tiba membatalkan hasrat untuk membeli car seat kanak-kanak selepas runner membuat penghantaran dari Damansara ke Kajang, Selangor.

“Awak sangat biiadab… awak ni tiada hati dan perasaan kat runner tu ke? Saya kasihan kat runner kita je. Tak perlulah peddajjal orang yang hanya nak jalankan tugas dia.

“Tolong jadi pembeli yang bertanggungjawab. Inilah yang selalu saya dengar terjadi pada orang yang nak COD (cash on delivery).

“Cakap beriya, dah sampai batang hidung pun dia sorok dalam gua,” luah Diana.

Sumber : Mstar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://mediabawang.net/mana-p/?fbclid=IwAR383w3azbWRH3mW9_rYA3YG-JsF50K4eKK6V9ZrR4kTDgGSKZu5eMYm7vI

 

Be the first to comment on "Diana Danielle Berrang Selepas Pembeli Barang Dia Buat ‘Magik’ Lepas COD Barang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*