Kant0i Mahu Rentas Negeri Tapi Tak Ada Dokumen. Selepas disiasat baru tahu status sebenar lelaki ni

SEBERANG PERAI – Satu video yang memaparkan seorang lelaki membalas pertanyaan polis sambil melemparkan kata-kata kes4t yang tular di media sosial hari ini dilaporkan berlaku di sekatan jalan raya (SJR) di Nibong Tebal baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, pihaknya telah mengambil tindakan terhadap suspek pada 18 Februari lalu sebelum video berkenaan tular.

Menurutnya, ketika kejadian, anggota dari Balai Polis Nibong Tebal telah menahan sebuah kereta jenis Mitsubishi Lancer dipandu seorang lelaki berusia 28 tahun yang mahu merentas negeri kira-kira pukul 5 petang.

“Selepas pemeriksaan, dia tidak mempunyai kebenaran untuk merentas negeri semasa melalui SJR.

“Lelaki itu didapati bergerak dari Butterworth (daerah Seberang Perai Utara) hendak ke Bagan Serai, Perak,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Beliau berkata, ketika diminta menunjukkan kad pengenalan dan lesen memandu, lelaki berkenaan telah memb4ling kad-kad tersebut ke arah anggota polis yang bertugas.

“Disebabkan itu, anggota terus menahannya kerana bertindak kas4r, tidak memberi kerjasama dan menghalang petugas menjalankan tugas SJR.

“Semasa proses tangk4pan hendak dilaksanakan, dia telah mengeluarkan perkataan kes4t kepada anggota polis dan ditahan selepas itu,” katanya.

Sementara itu, Chong Chern berkata, siasatan lanjut mendapati lelaki berkenaan mempunyai rekod rawatan (sakit) mental di Hospital Taiping, Perak sehingga kini.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 16(1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Peny4kit Berjangk1t 2021.

VIDEO

Kebenaran rentas negeri bantu industri pelancongan

KUALA LUMPUR: Kerajaan harus mempertimbangkan gelembung perjalanan domestik dan pembukaan rentas negeri, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata, industri pelancongan berkait rapat dengan pergerakan manusia dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain.

“Bila mana tiada pergerakan bermakna, tiadalah pelancongan dan tiadalah jua aktiviti ekonomi, seterusnya tiada pekerjaan serta tiada pendapatan bagi mereka yang bekerja dalam rantaian industri ini.

“Saya berharap, kerajaan dapat menemui titik pertemuan yang boleh menyeimbangkan kesejahteraan kesihatan dan ekonomi rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, beliau berbicara bukan sahaja mengenai impak kepada ekonomi negara, tetapi juga memikirkan periuk nasi dan kelangsungan hidup penggiat industri tempatan.

Beliau menaruh harapan dan keyakinan bahawa pasti ada pendekatan baharu untuk mengawal penyebaran COV1D-19 selain daripada meneruskan halangan rentas negeri.

“Biar kita menang dalam menangani pand3mik ini dan kita juga menang dalam memulihkan ekonomi negara, terutamanya industri pelancongan,” kata kenyataan itu.

Kredit: K! ONLINE Via Info RP

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://trendingsangat.pw/2021/03/tok-leh-nitas-negeri/?fbclid=IwAR0t_AYCnP2OFR6b2EZEPNlUJ_KuAlgr5OECWyTEu3qvZU2dr_c96EPsQrY

 

Be the first to comment on "Kant0i Mahu Rentas Negeri Tapi Tak Ada Dokumen. Selepas disiasat baru tahu status sebenar lelaki ni"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*