Pengarah terkilan babak cucvk susvk dalam kem4luan ditapis – “Tiada lagi ser4m, dah jadi drama air mata”

PENERBIT dan pengarah drama Aku Yang Kau Gelar Isteri iaitu Shuhaimi Lua meluahkan rasa kecewa apabila beberapa babak penting dalam drama tersebut diptong kerana dianggap tidak sesuai untuk tayangan umum.

Shuhaimi berkata tindakan Lembaga Penapisan Filem (LPF) menapis babak tersebut telah mencacatkan perjalanan drama genre ser4m itu.

“Saya sudah berkarya sehabis baik tapi tiba-tiba babak itu diptong, mestilah sedih! Nama pun cerita seram, scene itu membuatkan cerita jadi lagi ser4m.

“Macam babak dalam episod lima yang ditayangkan semalam, saya dapat tahu scene Cik Embun lakonan Lana Nodin nak cucvk susvk di kem4luan Laila (Sharifah Sakinah) tidak disiarkan… babak ini penting untuk menimbulkan tanda tanya kenapa watak Ezlan (Adi Putra) terg1ila-gi1lakan dia.

“Banyak lagi babak diptong seperti babak s4ntau, munt4h dar4h serta keluar rambut daripada mulut. Semuanya memang menyeramkan dan menakutkan tapi penting dalam drama tersebut,” katanya kepada mStar.

Terdahulu menerusi Instagram, Shuhaimi menulis luahan rasa terkilan dengan situasi yang dihadapinya sehingga dia mula terfikir untuk berhenti mengarah drama lagi.

“Rasa sedih, ger4m pun ada… banyak babak dipotong dan dipendekkan dalam drama ini… rasa down pun ada! Rasa boleh berhenti mengarah kut,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Aku Yang Kau Gelar Isteri memang berbeza dengan Takdir Yang Tertulis, memang saya buat babak itu sebagai elemen ser4m!

Sementara itu, Shuhaimi berkata tindakan LPF memotong beberapa babak menyebabkan drama itu sudah tidak menjadi ser4m.

“Nama pun cerita ser4m… babak-babak itu yang menyebabkan cerita itu ser4m.

“Semasa meeting, mereka minta hanya 30 peratus sahaja babak sera4m, tapi kalau dah ptong semua, dah jadi drama air mata biasa.

“Aku Yang Kau Gelar Isteri memang berbeza dengan Takdir Yang Tertulis, memang saya wujudkan beberapa babak sebagai elemen ser4m,” ujarnya.

Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri bersiaran di slot Samarinda TV3 setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam bermula 17 Februari lalu.

Ia dibintangi oleh Datuk Adi Putra, Nadia Brian, Sharifah Sakinah, Lana Nodin dan Atiq Azman.

Pengarah Shuhaimi Lua puji sikap profesional Nadia Brian, masih ceria biarpun berdepan masalah rumah tangga – “Saya kira membantu publisiti”

PERGOLAKAN rumah tangga membabitkan pelakon Nadia Brian dan suami Muizz Nasruddin sedikit pun tidak mengganggu kerjaya seni aktres berusia 29 tahun itu.

Nadia yang kini sibuk menjalani penggambaran drama Aku Yang Kau Gelar Isteri untuk siaran slot Samarinda TV3 dilihat bersikap profesional dan tahu membezakan antara kerjaya dan hal peribadi.

Perkara ini didedahkan oleh penerbit dan pengarah drama tersebut iaitu Shuhaimi Lua yang memaklumkan penggambaran berjalan lancar meskipun teraju utamanya itu berdepan ujian rumah tangga.

“Tipulah kalau saya tak tahu apa berlaku! Dia ada bercerita kerana kami memang rapat sejak awal karier dia lagi tapi apa yang saya boleh kata dia tak bawa masalah itu ke set saya, semua pelakon ceria macam biasa, tak nampak lagi mengganggu proses penggambaran.

“Sebenarnya kontroversi rumah tangga Nadia ini dah bermula sejak penggambaran drama Rudy Vs Julie (RTM)… semasa itu dah hangat orang memperkatakan mengenai hal ini.

Shuhaimi ketika di set penggambaran drama Aku Yang Kau Gelar Isteri.

“Namun dia masih mampu jadi profesional semasa berlakon dan tak bawa masalah itu ke lokasi penggambaran. Saya ada bagi nasihat kena berjumpa dan berbincang untuk cari jalan penyelesaian… ada sahaja artis lain yang berdepan masalah rumah tangga tapi pengakhirannya mereka baik-baik sahaja,” katanya kepada mStar.

Pada 16 Disember lalu, pelakon filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda ini mengesahkan suaminya sudah memfailkan kes perceraian di mahkamah syariah.

Saya terkejut sebab setiap kali mengarah atau menerbitkan drama atau telefilem pasti ada antara pelakon saya terbabit kontr0versi!

Isu membabitkan pasangan ini mula diperkatakan oleh netizen sejak Oktober lalu dan Muizz dilihat lebih lantang berkongsi mengenai permasalahan rumah tangga mereka.

Bagaimanapun, sehingga kini Nadia masih mendiamkan diri daripada media dan hanya meluahkan kekec3waan menerusi laman Instagram.

Nadia dan Muizz mendirikan rumah tangga pada 9 November 2019 dan masih belum dikurniakan cahaya mata.

Kontr0versi rumah tangga Nadia dan suami jadi perhatian netizen.

Sering bekerjasama dengan pelakon yang dihimpit pelbagai kontroversi, Shuhaimi berkata isu panas membabitkan mereka sama sekali tidak menjejaskan drama arahannya itu.

“Sebenarnya saya terkejut sebab setiap kali mengarah atau menerbitkan drama atau telefilem pasti ada antara pelakon saya terbabit kontr0versi… tiba-tiba mereka ada isu atau kontroversi!

“Saya tak pandang dari sudut negatif, saya kira ia membantu dari sudut publisiti kerana drama dan pelakon akan sebutan. Saya okay sahaja asalkan pelakon tak bawa masalah di set!

“Lagipun peminat sekarang dah pandai menilai, mereka fokus dengan karya atau drama dan ketepikan hal peribadi pelakon kerana bagi saya kalau drama itu best mesti mereka akan tengok… jadi pada saya kontroversi yang membabitkan seseorang artis sama sekali tidak menjejaskan sesebuah drama!” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Mstar

 

Be the first to comment on "Pengarah terkilan babak cucvk susvk dalam kem4luan ditapis – “Tiada lagi ser4m, dah jadi drama air mata”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*