Pemuda Ini Padam Semua Gambar Hannah Delisha Dan Muatnaik di Twitter. Sekali Hannah DeIisha BaIas – M. J

Sejak minggu lalu industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita perkahwinan pelakon kesayangan ramai, Hannah Delisha.

Malah sejurus selepas pelakon drama Tercipta Satu Ikatan itu mengumumkan khabar gembiranya, nama Hannah terus sohor kini dalam Twitter.

Meskipun dihujani ucapan tahniah, terselit juga kata-kata sedih daripada peminat lelakinya kerana pelakon cantik itu telah menjadi milik Imam Shah.

Rata-rata mengakui terkedu dan berdvka apabila mendengar berita itu.

Paling menarik perhatian, apabila seorang peminat bernama Amirdauz dalam Twitter memuat naik sekeping foto yang memaparkan keputusannya memadam semua foto Hannah dalam galeri telefon bimbitnya.

Difahamkan, tindakan tersebut kerana kecewa dan ingin move on selepas artis kesayangannya itu secara rasmi sudah menjadi milik orang lain.

Tidak terhenti di situ, ciapan tersebut mendapat perhatian Hannah, sebelum itu mengulang kicau foto berkenaan.

Hannah juga turut meninggalkan komen, dia sangat menghormati tindakan lelaki itu.

” Saya respect (tabik) adab awak,” tulis Hannah.

Mungkin foto tersebut hanya usikan tetapi tiba-tiba Hannah pula yang balas. Pasti Amir tidak sangka bukan. Harap lebih ramai jejaka di luar sana yang sedang berdvka lara cepat-cepat move on ya. Bunga bukan sekuntum.

Terdahulu Hannah atau nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne Birch menerusi kapsyen Instagramnya berkata, penantian lima tahunnya untuk bergelar isteri kepada Imam yang juga seorang pelakon di Singapura menjadi kenyataan.

” Akhirnya selepas lima tahun. Alhamdulillah, saya cintakan awak Imam Emy (disertai tanda pagar) #imampadahannah,” katanya.

Pernikahan itu berlangsung di negara kelahiran dua mempelai itu.

Sementara itu, Imam menerusi Instagramnya juga memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana majlis tersebut berlangsung dengan lancar.

” Ianya sentiasa awak. Dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

” Saya cintakan awak, Hannah Delisha,” katanya dalam entri yang memaparkan gambarnya sedang memakaikan cincin ke jari manis Hannah.

Pasti ramai tertanya-tanya siapa gerangan jejaka yang bertuah memiliki gadis idaman Malaya ini.

Di sini, dikongsikan beberapa fakta mengenai Imam Shah serta hubungannya dengan Hannah Delisha.

1. Imam Shah atau nama sebenarnya Muhammad Imam Shah Abdul Mutalib merupakan seorang pelakon Singapura. Selain berbadan sasa dan aktif dalam sukan seni pertahanan diri, jejaka berusia 32 tahun ini juga dikenali sebagai pelakon aksi dan juga model.

2. Imam juga pernah membintangi drama bersiri yang disiarkan di Astro Ria pada tahun 2018 iaitu, Lafazkan Kalimah Cintamu yang turut dibintangi Nelydia Senrose dan Farid Kamil.

3. Dia juga merupakan sepupu kepada pelakon Nadiyah Shahab. Jadi tidak hairanlah Nadiyah menjadi orang terawal yang memberi ucapan dan turut memuatnaik gambar pernikahan Hannah dan Imam di Insta Story beliau.

4. Ibu Imam, Mariana Yati merupakan seorang pelakon dan masih aktif berlakon dan pernah dicalonkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terrbaik di negara kelahirannya, Singapura.

5. Pasangan ini pernah bekerjasama dalam drama episod Faculty CH5 yang disiarkan di Mediacorp Channel 5 sekitar Mac 2017. Tarikh pernikahan iaitu 18 Februari merupakan tarikh ulang tahun hubungan mereka yang kelima.

Sumber:k0smo

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://thebolalive.com/hannah-tabik/?fbclid=IwAR1eAsRxeU6L_ScPm_c8ufG0EEsX-AifE9usRDQw_j0dQPv8B8P44wlqyMI

 

Be the first to comment on "Pemuda Ini Padam Semua Gambar Hannah Delisha Dan Muatnaik di Twitter. Sekali Hannah DeIisha BaIas – M. J"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*