‘Mampukah Degree & Master Selamatkan Mereka Dari Fitnah Dajal?’ – Zul Yahya

Bekas pelakon Zul Yahya mengambil keputusan memberhent1kan anak-anaknya daripada sekolah kerana ingin mengutamakan ilmu akhirat dan agama demi masa hadapan.

Menerusi perkongsiannya di Facebook miliknya, Zul Yahya merasakan keputusan yang dibuat adalah tepat kerana meletakkan agama lebih utama daripada dunia.

Berhentikan anak sekolah demi masa depan

Kami ibu bapa berhent1kan anak-anak kami daripada sekolah bukan kerana tak ambil berat masa depan mereka, tetapi kami nak anak-anak kami lebih berjaya di akhirat kelak.

Menerusi posting ini, rata-rata tidak setuju dengan tindakan pelakon tersebut yang tidak seimbangkan antara dunia dan akhirat. Tak kurang juga yang terus menghent4m Zul Yahya yang dikatakan memusn4hkan masa depan anak-anaknya. Walau bagaimanapun, pelakon yang pernah membintangi drama Pepaya itu menjelaskan perkara ini menerusi siaran langsung yang dibuat semalam.

Ini jalan terbaik sebab hari ini bukan lagi zaman kita kejar anak nak dapat 3A, 8A atau A++ untuk berjaya tetapi ilmu akhirat masih lagi nipis. Dunia bukan masih muda, dunia sudah semakin tua. Takkan tak nampak? Covid ini pun dah luar biasa, sistem yang datang kepada kita ini luar biasa tetapi ramai rasa kita hidup lebih lama.

Zul Yahya turut memberitahu bahawa ilmu akhirat ini untuk menyelamatkan anak-anaknya daripada Dajjal yang bakal datang. Tambahnya lagi, agama dalam kehidupan kita sangat kurang sehinggakan manusia lebih yakin dengan dunia.

Apa akan jadi 50 tahun akan datang? Bagaimana agama dalam diri anak-anak? Mampukah degree dan master menyelamatkan mereka daripada fitnah Dajj4l?

Ramai letakkan dunia lebih dari agama

Buat masa sekarang lebih baik saya letakkan ilmu akhirat sebagai keutamaan buat anak-anak. Berapa ramai yang boleh ikut sunnah Nabi Muhammad SAW pada hari ini? Ramai orang tinggalkan al-Quran dan sunnah Rasulullah yang boleh membawa kejayaan kepada mereka.

Ujarnya lagi, masyarakat hari ini seolah-olah merasakan sunnah dan al-Quran sebagai satu ikutan kuno dan ketinggalan. Jadi ramai yang memilih cara kehidupan seperti hari ini dengan tidak mengamalkan sunnah Nabi dengan melebihkan kehidupan duniawi.

Kalau hari ini kita tak ambil agama dalam hidup, akhirat sebagai maksud hidup. Bagaimana kehidupan kita dengan masa depan anak-anak? Kita hidup di zaman fitn4h manusia dimana sistem pun sudah berubah. Lepasni kita akan div4ksin, seluruh sistem tubuh badan akan berubah. Apa yang penting iman dan agama mampu menguatkan kita.

Dalam pada itu, Zul Yahyah memberitahu dia tidak menidakkan sistem persekolahan di Malaysia, sebaliknya hanya percaya pada qada’ dan qadar rezeki dari Allah SWT. Namun, dia berharap orang ramai menghormati keputusannya untuk menghantar anaknya belajar mendalami ilmu agama.

Sumber : Zul Yahya

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Oh bulan

 

Be the first to comment on "‘Mampukah Degree & Master Selamatkan Mereka Dari Fitnah Dajal?’ – Zul Yahya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*