Peminat Komen Minta Fathia Latiff Hati2 Kwn Semula Dgn Zarina Anjoulie. Sekali Zarina Sndiri Yg Balas Balik

Meskipun dua tahun hubungan pelakon, Nur Fathia Abdul Latiff, 34, dan sahabat baiknya, Zarina Anjoulie, 34, renggang, namun tidak pernah putus sahabat.

Hanya sekadar merajuk, berselisih faham dan berg4duh, itu perkara biasa dalam persahabatan yang sudah terjalin sejak 10 tahun lalu.

Namun, perselisihan faham berlaku dua tahun lalu agak lama membuatkan hubungan mereka keruh dan dingin. Dilihat sering berbalas si1ndiran dalam laman Instagram (IG), namun hingga hari ini, khalayak tidak tahu punca perg4duhan tercetus.

Enggan mengungkit kisah lalu, Fathia berkata, dia bersyukur hubungannya dengan Zarina kembali jernih selepas dua tahun renggang.

Katanya, sungguhpun agak lama menj4rakkan diri, namun, mereka tidak pernah putus sahabat.

” Hubungan kami seperti adik beradik. Ada masa okay, ada kala dingin. Ada fasa turun naik. Saya dan Zarina juga manusia biasa, berselisih faham menjadi adat dalam persahabatan.

” Bagaimanapun, kami tidaklah sampai putus kawan. Zarina banyak mengajar saya mendapat kekuatan dalaman. Dia sering kali menasihatkan saya seperti apa yang selalu dilakukan dalam laman sosial.

” Jujurnya, saya merasakan Zarina adalah teman yang banyak memberi inspirasi. Banyak perkara yang boleh menyedarkan saya,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Fathia tidak menafikan hubungan kembali jernih juga berkaitan dengan berita perceraian Zarina bersama bekas suami, Eilyas Azhar, hujung bulan lalu.

” Saya akui, berita percraian Zarina membuatkan saya sedih. Macam mana kami bergduh sekali pun, Zarina tetap sahabat, jadi saya agak terasa.

” Kami sudah lama berkawan. Sebagai sahabat tentunya saya prihatin terhadap nasib menimpa Zarina. Bagaimana kuat dan cekal berdepan episod percraian, saya percaya Zarina memerlukan seorang kawan.

” Jadi, tak salah saya memulihkan hbgan dengan Zarina. Kami kejar semula apa yang ditinggalkan sebelum ini sebagai sahabat baik,” katanya.

Fathia dan Zarina mula berkongsi gambar dan video mereka meluangkan masa bersama sejak awal bulan ini.

Terdahulu, pertemuan dua pelakon kontroversi itu dikongsikan pendandan rambut selebriti, Ridzokimura menerusi laman IG.

Sementara itu, menerusi IG, Zarina mengatakan, dia dan Fathia bersahabat sudah lebih 10 tahun sudah pun bermaafan antara satu sama lain. Kini, persahabatan kembali jernih seperti sedia kala.

Dalam perkembangan lain, Fathia berkata, dia masih berlakon, cuma buat masa ini, fokusnya pada perniagaan.

” Saya masih nak berlakon. Bagaimanapun, rezeki mencurah-curah pula dalam bidang perniagaan. Saya sedar ramai yang menganggap saya sudah tidak mahu berlakon.

” Minat dalam lakonan tidak pernah m4ti. Insya-Allah, saya sentiasa berharap rezeki dalam bidang lakonan. Jujurnya, saya tidak kisah diberikan watak pembantu, asalkan saya dapat mengubat rindu.

” Bagaimanapun, saya sedar dalam keadaan sekarang agak sukar kembali berlakon. Jadi, saya fokus pada keluarga dan perniagaan minyak wangi serta tudung,” katanya.

Selepas lebih dua tahun tidak memasuki lokasi penggambaran, Fathia berkata, dia turut membintangi drama Lelaki Lingkungan Cinta siaran TV3, tahun lalu.

Peminat nasihat Fathia, sekali Zarina balas

Sementara itu, menerusi satu perkongsian di IG, Fathia berkongsi satu vdeo beliau sedang menari bersama Zarina.

Menerusi ruangan komen, seorang peminat Fathia tampil memberikan nasihat kepada Fathia agar berhati-hati berkawan semula dengan Zarina.

” Aku tak pernah tengok plak Fathia cakap Anju bukan2 mse gdoh…tapi Anju ni mulut die nauzubillahh.. aku fans Fathia minat gile..dulu aku pnh maki anju ni ckp tee tee (panggilan anju kepada Fathia) bkn2..

” Kawan baik bertahun2 lah sepatutnye tak bole nk ktuk kwn baik ko lebih dari 10 taun..takde sifat nak brkawan baik2.. tengok mse anju bkk aiib Fara Mendoza tak silap…tak tahu lah ape jadi…aku harap Fathia berhati-hatilah lepas ni.” tulis seorang peminat Fathia.

Bagaimanapun, siapa sangka komen itu dibalas sendiri oleh Zarina.

” Tia, minah ni die hard fans u Tia tolong … well too bad for you sebab dia kawan baik aku, bukan kau.. so u hanya peminat dan tak tahu apa yang kami berdua lalui . Pergi ji-Iat Mendoza pulak k..” balas Zarina.

Sumber:bharian dan IG Fathia Latiff

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://limauais.pw/2021/02/16/minta-fathia-hati-hati/

 

Be the first to comment on "Peminat Komen Minta Fathia Latiff Hati2 Kwn Semula Dgn Zarina Anjoulie. Sekali Zarina Sndiri Yg Balas Balik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*