Tr4gis! Wanita kelahiran Malaysia kr1tikal, gadai nyawa selamatkan teman lelaki, rakan terperngkap dalam kereta terb4kar di Tanjong Pagar

SEORANG wanita sanggup mempertaruhkan ny.awa demi menyelamatkan teman lelaki dan rakan-rakannya yang terperangkap di dalam kereta yang sedang marak dijilat api, dalam satu kejadian di Tanjong Pagar, Singapura, pada Sabtu.

Raybe Oh Siew Huey, 26, yang bergegas menyelamatkan m.angsa, mengalami lecur 80 peratus pada tubuh badannya.

Raybe, wanita kelahiran Malaysia yang juga bekas pramugari Singapura Airlines, kini sedang berada dalam keadaan kri.tikal di Hospital Umum Singapura (SGH).

Saksi mengatakan bahawa kereta itu terbakar dalam beberapa saat sejurus kem.alangan berlaku.

Difahamkan, kereta model BMW yang dipandu teman lelaki Raybe, Jonathan Long, 29, merempuh bahagian depan sebuah rumah kedai yang kosong dan terbakar sekitar 5.40 pagi.

Akira Chan, 21, yang juga rakan Raybe memberitahu wanita itu tidak berada di dalam kereta tersebut pada ketika itu, tetapi segera meluru untuk menyelamatkan teman lelaki dan rakan-rakannya.

“Dia cuba membuka pintu dan ced.era ketika menghulurkan bantuan,” katanya.

“Dia berusaha menyelamatkan teman lelakinya,”kata Chan.

Walaubagaimapun, teman lelaki Raybe maut di tempat kejadian bersama empat penumpang lelaki lain. – THE STAR

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: mstar

 

Be the first to comment on "Tr4gis! Wanita kelahiran Malaysia kr1tikal, gadai nyawa selamatkan teman lelaki, rakan terperngkap dalam kereta terb4kar di Tanjong Pagar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*