10 Tahun Kenal, Kilafairy Dedah Ingin Tamatkan Zaman Bujang

Pelakon dan penyanyi Kilafairy menyerahkan keputusan untuk meneruskan langkah ke gerbang perkahwinan kepada teman lelakinya, Sa’aid Aiman Hazley.

Jelas Kilafairy, 28, dia enggan terlalu merancang tentang soal jodoh dan rumah tangga kerana bimbang tidak menjadi.

“Hal begini saya serahkan kepada pihak lelaki. Tak.ut nanti saya rancang-rancang tak jadi pula. Saya pun tak tahu samada tarikhnya akan berlangsung bila dan lebih suka ikut arus,” katanya yang sudah 10 tahun berkenalan sejak zaman persekolahan.

Sementara itu, Kila yang baru dilantik sebagai duta kepada produk kosmetik tempatan lipmatte Ufora menegaskan dia menerima tawaran tersebut disebabkan kualiti produknya.

“Bukan soal mereka kata nak bayar saya atau sebaliknya kerana saya tidak boleh bertindak semudah itu berkata ya. Tapi apabila mencubanya, saya sendiri menyukainya. Ia amat menarik buat saya.

“Jadi saya nak beritahu peminat dan pengguna di luar sana cuba gunakan lipsmate dari Ufora menerusi kerjasama Ufora X Kilafairy memang rasa seperti tidak pakai lipstik,” katanya ketika majlis pelancaran Ufora x Kilafairy di Facebook Live baru-baru ini.

Menurutnya tekstur lipstik ini yang lembut tidak akan didapati dalam mana-mana produk tempatan lain selain harganya yang berpatutan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial)

“Produk lipstik antarabangsa lain yang saya pernah guna pun teksturnya tidak seperti lipstik Ufora. Harganya pula amat berpatutan hanya RM35 yang dianggap mampu milik,” ujarnya yang pernah tampil dengan produk makanan tambahannya iaitu KilaFit.

Uniknya tentang kolaborasi tersebut, Kilafairy dan pengasas Ufora, Supia Saupi memperkenalkan Skim Dropship Tanpa Modal bagi membantu individu yang hilang pekerjaan akibat pand3mik Cov1d-19.

“Kami nak ajak orang-orang diluar sana berniaga tanpa modal. Maksudnya mereka boleh berniaga tanpa perlu keluar duit. Tidak kira jantina semuanya boleh turut serta. Sesiapa yang berangan nak berniaga tapi tiada duit atau modal, inilah jalan terbaik untuk merealisasikan impian itu.

“Kami amat menggalakkan penyertaan mereka. Kami memang berhasrat nak membantu. Saya sendiri begitu bersimpati dengan mereka yang hilang kerja atau dipotong gaji,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Kila akan tampil dengan single terbaru berjudul Ratu yang berkonsepkan pop.

Sumber : Gempak

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :Teh tarik kaw

 

Be the first to comment on "10 Tahun Kenal, Kilafairy Dedah Ingin Tamatkan Zaman Bujang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*