Sentiasa bertahajjud dan puasa Isnin Khamis, jen4zah pesara guru disolatkan di tiga masjid

Sentiasa bertahajjud dan berpuasa sunat Isnin dan Khamis.

Itulah amalan seorang pesara guru, Abd Samat Abd Ghani yang men1ngg4l dunia akibat s4kit dalam perut, semalam sehingga Allah memuliakan pengakhiran hidupnya apabila jen4zahnya disolatkan di tiga buah masjid sebelum dikebumikan.

Menurut sahabatnya Mohd Nizam Idris, arw4h sangat istaqamah dalam perjuangan Islam sehingga beliau diberikan amanah untuk menggalas tugas sebagai Setiausaha Masjid Jamek Sultan Hishamudin Pekan Sabak dan Pengerusi Lujnah Tarbiyyah Pas Kawasan Sabak Bernam.

Dalam perkongsiannya di Facebook, Mohd Nizam menyifatkan pemergian arw4h sesuatu yang sangat istimewa apabila jen4zahnya disolatkan di tiga buat masjid di Sabak Bernam iaitu Surau Jumaat Taman Pertama, Masjid Jamek Sultan Hishamudin dan Masjid Bagan Nakhoda Omar.

“Tenanglah sahabat. Berada di negeri yang kekal abadi. Disolatkan di tiga buah masjid adalah sesuatu yang sangat istimewa. Perginya pada waktu Subuh 1 Rejab akibat s4kit perut hari sebelumnya,” katanya.

Tambah Mohd Nizam, allahy4rh4m pernah berkhidmat berkhidmat sebagai pegawai khas kepada Adun Sabak, Ustaz Sallehen Mukhyi selepas bersara sebagai guru.

“Saya doakan semoga Allah memberikan ganjaran syurga buatnya dan diselamatkan daripada hisab dan azab kubur. Al-Fatihah buat sahabatku, Almarhum Cikgu Haji Abd Samat Abd Ghani,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : wowberita

 

Be the first to comment on "Sentiasa bertahajjud dan puasa Isnin Khamis, jen4zah pesara guru disolatkan di tiga masjid"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*