Feeya Iskandar dapat anak lelaki lagi, bersalin ditemani suami – “Nombor tiga ni lain macam sikit keluar sampai kena vakum”

PENYAMPAI Suria FM, Feeya Iskandar selamat melahirkan anak ketiga di sebuah pusat perubatan di Selangor pada pukul 7 petang, Khamis.

Feeya atau lebih dikenali sebagai Cik Piah melahirkan bayi lelaki seberat 3.38 kilogram secara normal ditemani suaminya, Nurashid Abd Wahab.

“Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dan saya dapat lagi seorang anak lelaki, jadi terjawablah baby apa… boiboiboi kuasa tiga!

“Nombor tiga ni lain macam sikit ya keluar sampai kena vakum sebabnya muka dia di atas tapi syukur mummy dan baby baik-baik sahaja.

InsyaAllah nama dan wajah baby kali ni saya akan kongsikan nanti!

FEEYA ISKANDAR

PENYAMPAI SURIA FM

“Terima kasih pada yang mendoakan dan mohon panjangkan doa untuk kesejahteraan dan kesihatan mummy dan baby ya,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Feeya memaklumkan dia dan suami akan berkongsi wajah dan nama anaknya dalam masa terdekat.

Feeya kongsi berita gembira kelahiran anak ketiga di Instagram.

“InsyaAllah nama dan wajah baby kali ni saya akan kongsikan nanti,” ujarnya.

Feeya mendirikan rumah tangga Rashid pada 6 Mei 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Adam Malique, 3 dan Nuh Aryyan yang kini berusia dua tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: mstar

 

Be the first to comment on "Feeya Iskandar dapat anak lelaki lagi, bersalin ditemani suami – “Nombor tiga ni lain macam sikit keluar sampai kena vakum”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*