“Saya Ikhlas Minta Maaf, Sera Dapat Terima & Maafkan Saya”

Baru-baru ini, pelawak dan penyampai radio Shuk Sahar mengejutkan ramai apabila membawa rombongan ‘meminang semula’ isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah

Bagaimanapun, timbul dakwaan kejutan itu adalah gimik yang dirancang untuk pelancaran produk. Menafikan dakwaan tersebut, Shuk berkata kejutan itu tidak diketahui oleh isterinya.

“Selepas apa yang berlaku terhadap rumah tangga kami, saya memang sentiasa memujuk Sera untuk berbaik semula. Ini kerana saya sangat sayangkan dia, anak-anak dan keluarga serta tidak mahu kehil4ngan mereka.

“Saya tahu Sera selalu membuat ulasan produk termasuklah Puteh Wow itu. Suatu hari, pengasasnya, Joe menghubungi saya meminta izin untuk bekerjasama dengan isteri serta membuat pelancaran produk itu di rumah kami.

“Memikirkan ia rezeki Sera dan keluarga, saya beri keizinan. Namun, Joe meminta saya buat kejutan untuk Sera bagi menjernihkan situasi hubungan kami dengan permohonan maaf terbuka dan secara langsung,” katanya.

Menyes4l dengan kesilapan yang dilakukan, Shuk berkata apa yang dilakukan adalah untuk memiliki keluarganya semula serta mahukan yang terbaik untuk mereka.

“Kalau nak buat gimik pelancaran produk, takkanlah saya sampai sanggup hilang keluarga dan kerja. Sampai sekarang pun, saya masih lagi kena gantung kerja di Hot FM.

“Saya pun tak tahu sehingga bila akan digantung kerja dan kini dengan sepenuh harapan masih menunggu keputusan Hot FM. Saya rindu nak bekerja semula di konti kerana dah lama tak ‘on air’ (ke udara),” katanya.

Sudah lali dengan kec4man netizen, Shuk enggan ambil pusing dengan dakwaan gimik yang diperkatakan. Ujarnya, dia ikhlas memohon maaf dan bersyukur isterinya sudah memaafkannya.

“Permohonan maaf secara terbuka kepada isteri adalah ikhlas. Saya berjuang untuk mendapatkan semula keluarga dan alhamdulillah, Sera dapat menerima serta memaafkan saya. Kemaafan diberikan Sera itu sangat saya hargai.

“Bagi saya kalau berani buat salah, kita kena berani mengakui kesalahan itu dan harus berani juga meminta maaf serta berusaha mencari jalan penyelesaian,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Rotikaya

 

Be the first to comment on "“Saya Ikhlas Minta Maaf, Sera Dapat Terima & Maafkan Saya”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*