“One by One Keluar, Cikgu Tertvnduk Sunyi,” Video Perpis4han Cal0n SPM Buat Ramai Seb@k

Dengan keadaan pandemlk COVlD-19 bermula pada tahun lepas, pastinya calon SPM pada kali ini merasai pengalaman pembelajaran yang sedikit berbeza. Hanya berbaki beberapa minggu saja lagi, mereka bakal menduduki peperiksaan besar dan akhirnya akan menamatkan zaman sekolah. Siapa sangka tempoh 5 tahun terasa begitu cepat berlalu, namun perpisahan tetap perlu dihadapi apabila masanya tiba nanti.

27 orang melangkah keluar seorang demi seorang tinggalkan cikgu di tengah

Seiring dengan perkembangan zaman, setiap batch mempunyai cara tersendiri untuk melakar kenangan terakhir dengan rakan sekelas. Namun bagi sekumpulan pelajar ini, video perpisahan mereka sudah tular sehingga meraih lebih 1.6 juta tontonan sejak dimuat naik ke TikTok semalam. Melibatkan 27 orang, seorang demi seorang keluar dan melangkah pergi seolah-olah menjadi ‘simbolisme’ bahawa mereka akan membawa haluan masing-masing selepas ini.

Im cry time edit🙂 selamat jalan kenangan❤️ ##fypsounds ##fypgakni ##shouldbeme ##form5promax

♬ bunyi asal – haspiii

Percayalah nanti sorang dua je akan terus contact dengan kau

Lebih seb4k lagi apabila guru mereka hanya tinggal keseorangan di tengah-tengah video sambil tertunduk seolah-olah sunyi kerana tiada lagi pelajar di sisinya. Dengan penggunaan lagu Aizat Hamdan berjudul ‘Pergi’, pemilik video juga mengakui menangis ketika editing dibuat. Menjengah ke ruangan komen, netizen pula kembali menjadi rindu kepada zaman persekolahan mereka kerana terkenangkan kawan-kawan lama. Ada juga yang tidak sanggup melalui perpisahan itu kelak.

Sumber : TikTok mashmeylooo

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/2021/02/10/one-by-one-keluar-cikgu-tertunduk-sunyi-video-perpis4han-cal0n-spm-buat-ramai-sebk/

 

Be the first to comment on "“One by One Keluar, Cikgu Tertvnduk Sunyi,” Video Perpis4han Cal0n SPM Buat Ramai Seb@k"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*