Anggota pengurusan terkejvt lihat ‘babak’ isteri civm, bisik di kaki jnazah suami

KASIH hingga hujung ny4wa, itulah yang dilalui oleh seorang isteri yang berdepan dengan ujian hebat apabila suami dijemput Ilahi.

Kesedihan wanita itu disaksikan oleh Unit Khas Van Jnazah (UKVJ) di Klang, Selangor, rakan gabungan badan bukan kerajaan, Skuad Pengurusan Jnazah Malaysia (SPJM).

“Sewaktu menguruskan jnazah di bilik wakaf, saya diberi peluang untuk melihat bagaimana setianya seorang isteri kepada suami.

“Si isteri berbisik sambil menangis teresak esak sambil mencivm berulang kali wajah arwah suaminya,” menurut posting di laman facebook SPJM.

Anggota UKVJ itu bagaimanapun tidak memahami bahasa yang digunakan oleh wanita berkenaan sewaktu berbisik pada jnazah suaminya.

Menerusi borang maklumat yang diisi waris kepada arwah berusia 58 tahun yang meningg4l dunia akibat sakit jantung, pasangan itu berasal dari Semporna, Sabah.

“Dari apa yang saya tahu si isteri berbicara menggunakan bahasa atau dialek Bajau Sabah. Selepas mencium wajah arw4h suaminya, si isteri beralih ke arah bahagian kaki.

“Saya sangkakan si isteri mahu memberi kebenaran kepada kami untuk menutup wajah arw4h suaminya, tetapi sangkaan saya meleset,” katanya sambil menambah jnazah diambil dari bilik forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang.

Jnazah dibawa untuk dikebumikan. foto SPJM

Namun katanya, rupa-rupanya si isteri mencivm kaki arwah suaminya sambil berbisik sesuatu dan men4ngis.

“Sepanjang menguruskan beratus jnazah, baru pertama kali saya melihat situasi tersebut berlaku. Ketika itu, saya yakin si isteri sedang meminta ampun daripada arwah suaminya.

Sepanjang menguruskan beratus jnazah, baru pertama kali saya melihat situasi tersebut berlaku. Saya yakin si isteri sedang meminta ampun daripada arw4h suaminya.

Anggota Unit Khas Van Jnazah

“Biarpun saya tidak memahami dialek bahasa yang digunakannya, saya yakin si isteri sedang meminta maaf kepada arwah,” tambahnya.

Menyaksikan situasi yang berlangsung selama 10 minit itu, mengingatkannya kepada ungkapan ‘syurga seorang isteri terletak di bawah telapak kaki seorang suami’.

Seorang isteri tidak dapat menahan seb4k di hadapan jnazah suaminya. foto facebook SPJM. Jnazah dikebumikan di Tanah Perk-uburan Islam Seksyen 21, Shah Alam. foto SPJM

“Kelakuan si isteri membuatkan saya terfikir… kasih sayang si isteri kepada suaminya cukup setia sehingga ke hujung nyawa.

“Saya bersama yang lain hanya membiarkan dan memberi ruang kepada si isteri berbuat demikian kerana kami tahu itu adalah peluang kali terakhir untuk seorang isteri meminta kepada suaminya,” katanya.

Berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh seorang staf forensik di hospital, katanya, wanita itu memerlukan bantuan dari segi kos pengurusan jnazah suaminya.

Jnazah selamat dikebumikan di Tanah Perku-buran Islam Seksyen 21 di Shah Alam pada pukul 1.45 petang Isnin, dan segala kos pengurusan ditanggung oleh badan itu hasil sumbangan orang ramai.

Syurga Isteri Terletak Di Bawah Tapak Kaki Suami Tapi Dosa Isteri Bukan Tanggungan Suami

Seperti yang semua sudah sedia maklum, syurga seorang perempuan yang belum berkahwin terletak di bawah tapak kaki ibunya, tetapi bagi seorang wanita yang sudah bergelar isteri, syurganya terletak di bawah kaki suami

Walaupun tiada hadis sahih yang berkata sedemikian namun ianya boleh dianggap sebagai suatu metafora di mana untuk seorang isteri itu menjadi ahli syurga, adalah dengan mentaati suaminya, yang demikian cukup banyak tercatit dalam ayat Al-Quran dan hadis Baginda.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka. (an-Nisaa’: 34).

Dalam ayat tersebut Allah SWT telah menghimpunkan beberapa sifat yang wajib ada pada seorang wanita solehah, antaranya adalah taat kepada Allah SWT dan kepada suaminya dalam perkara yang baik, lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.

Jika seorang isteri yang mentaati suaminya dijanjikan syurga, bagaimana pula isteri yang berbuat dosa.

Adakah dosanya ditanggung oleh suaminya?

Dalam kalam Al-Quran terdapat-ayat yang memerintahkan agar setiap manusia perlu menjaga diri mereka dan juga orang-orang disekeliling mereka daripada melakukan perkara maksi4t atau dosa.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu serta ahli keluarga kamu dari api ner4ka.” (al-Tahrim: 6).

Imam Besar Masjid Al-Azhar, Syeikh Muhammad Sayyid Thanthawi dalam tafsirnya berkata ayat ini ditujukan kepada setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah SWT agar menjauhkan diri mereka daripada api ner4ka dengan melakukan perkara kebaikan dan menjauhi daripada perkara maksi4t.

Setiap orang juga perlu menasihati ahli keluarga mereka dengan menunjukkan jalan yang benar dan menyuruh mereka melakukan perkara yang ma’ruf serta mencegah diri daripada melakukan perkara munk4r.

Berdasarkan penjelasan tersebut, secara asalnya di dalam syara’ setiap insan itu tidak akan menanggung dosa orang lain hanya dosa mereka sendiri

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh setiap orang itu melainkan orang itu sahaja yang akan menanggung dosanya.” (al-An’am:164).

Lagi satu firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan (ketahuilah) bahawa seorang pemikul itu tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain dan jika berat tanggungannya (dengan dosa), lalu memanggil (orang lain) untuk menolong agar dipikul sama bebanan tersebut, maka tidak akan dapat dipikul sedikitpun daripadanya walaupun orang yang meminta pertolongannya itu daripada kaum kerabatnya sendiri.” (Fatir:18).

Mengikut Imam al-Hafiz Ibn Kathir, kedua-dua ayat tersebut jelas mengatakan bahawa setiap insan yang sempurna akal fikirannya dan telah baligh (mukallaf), dosanya itu akan ditanggung oleh dirinya sendiri tidak kira apa statusnya sama ada dia seorang suami, isteri, ayah, ibu, anak atau selain daripadanya.

Disclaimer: Seorang yang mukallaf adalah orang dipertanggungjawabkan dengan kewajipan dan perintah untuk menjalankan hukum tuntutan agama Islam serta menjauhi larangan-Nya.

Namun begitu, seorang suami atau seorang penjaga akan berdosa sekiranya dia tidak menasihati isteri atau wanita dibawah jagaannya dalam perkara yang ma’ruf dan tidak menghalangnya daripada melakukan perkara yang munk4r

Di dalam kalam Al-Quran terdapat firman Allah SWT yang bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan.” (an-Nisaa’: 34).

Ayat tersebut jelas menunjukkan bahawa lelaki merupakan pemimpin buat wanita dan mereka wajib menyuruh wanita iaitu isteri mereka untuk menunaikan hak-hak Allah SWT seperti menjaga perkara-perkara yang fardhu dan mengahalang wanita-wanita daripada melakukan perkara maksi4t.

Sebagai kesimpulan, suami sama sekali tidak akan menanggung dosa isterinya sekiranya dia telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin iaitu dengan menasihati dan membimbing isteri mereka.

Adapun, jika isteri masih melakukan perkara maksi4t setelah ditegur, atau isteri melakukan maksiat tanpa pengetahuan suaminya maka isteri itu tetap berdosa dan bukan dibawah tanggungan suaminya

Setiap insan yang mukallaf akan menanggung dosanya sendiri di hadapan Allah SWT apabila tiba hari pengadilan dan setiap insan itu sama sekali tidak akan membawa atau menanggung dosa orang lain apabila dia telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin.

Sumber diambil daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Semoga kita semua dikurniakan pasangan hidup yang soleh dan solehah dan menjadikan keluarga yang terbina itu penuh dengan sakinah (ketenangan), rahmah (rahmat) dan mawaddah (kasih sayang). Amin!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://trendingsangat.pw/isterii-mithalii-mitok-dgn-tok-laki/

 

Be the first to comment on "Anggota pengurusan terkejvt lihat ‘babak’ isteri civm, bisik di kaki jnazah suami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*