‘Kenapa Nak Rakam Video Ala Barat?’ – Stacy Kec3wa, Jawab Dakwaan Isu Cemburu

Sebelum ini, kec0h di laman Twitter apabila seorang selebriti media sosial Vietnam iaitu Jade Anh luah rasa terkilan apabila terdapat babaknya dalam MV lagu Rampas nyanyian Akim dipotong. Tambahnya, babak berkenaan dipotong kerana didakwa isteri kepada penyanyi itu, Stacy berasa cemburu.

Terbaru, Stacy menerusi laporan Kosmo mengakui dia tidak berasa marah dengan Jade Anh tetapi influncer itu perlu mengetahui budaya di Malaysia.

Saya kecewa

Setelah lama mendiamkan diri, akhirnya Stacy tampil menjawab dakwaan mengenai isu cemburu aksi influencer Vietnam bersama penyanyi R4mpas itu. Sebelum ini juga, Akim telah menjelaskan di laman Twitter ditujukan kepada pihak produksi yang didakwa berd3gil untuk meneruskan konsep ala Hollywood bagi lagu tersebut.

Apabila model sudah dipilih, baru mereka maklumkan me­ngenai jalan cerita video muzik tersebut. Bukan tak mahu sa­lah­kan suami, cuma dia pun masih berserabut selepas melalui hari yang sukar kerana ibunya baru men1ng­gal dunia ketika itu.

Dalam hal ini, saya kecewa dengan orang sekeliling yang sepatutnya menjaga dia dan pihak produksi muzik video itu juga. Produksi itu orang Malaysia, kenapa hendak rakam video ala barat.

Mereka tidak hormat seni muzik

Tambah Stacy lagi, sebelum ini dia tidak tahu mengetahui isu cembvru yang diperkatakan influencer Vietnam itu di laman Twitter. Stacy turut berharap pihak produksi dapat menghormati mesej sesebuah lagu sekiranya ingin menghasilkan video muzik bukannya berkarya mengikut nafsu sehingga mesej hilang.

Mereka tidak hormat dengan seni muzik dan tiada etika semasa bekerja. Saya juga penyanyi dan menggunakan khidmat mo­del dalam video muzik, mesti saya faham.

Sumber: Kosmo

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Oh Bulan

 

Be the first to comment on "‘Kenapa Nak Rakam Video Ala Barat?’ – Stacy Kec3wa, Jawab Dakwaan Isu Cemburu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*