‘Jumpa 3 objek’ Aeril Zafrel dan keluarga kena s1hir, sekali dia yg minta maaf, ini sebabnya

PELAKON Aeril Zafrel mendedahkan dia dan keluarga hampir menjadi m4ngsa s1ihir apabila menemui tiga objek misteri, baru-baru ini.

Aeril bagaimanapun bersyukur apabila perbuatan syi1rik itu berjaya dikesan selepas dia menerima bantuan daripada seorang ahli agama.

“Setiap orang ada ujian, cubaan dan dugaan masing-masing. Hanya dengan pertolongan Allah sahaja segalanya dipermudahkan jalan keluarnya dan mampu dihadapi dengan tenang.

“Begitu juga dengan saya, Alhamdulillah… Allah hantarkan bantuannya menerusi orang yang arif.

“Saya dan keluarga terselamat daripada permainan ilmu 1sihir seseorang baru-baru ini,” katanya menerusi laman Instagram pada Ahad.

Perkongsian Aeril di Instagram mengenai cubaan seseorang melakukan si1hir terhadapnya dan keluarga.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut berkongsi foto penemuan tiga objek misteri seakan-akan besi gangsa bersama ukiran yang tidak difahami maksudnya.

Namun pelakon filem 7 Petala Cinta ini tidak menyatakan lokasi dia menemui objek misteri tersebut.

 

Barangkali ada salah dan khilaf yang saya tak sedari, saya dengan rendah hati memohon maaf pada pihak yang terasa hingga tergamak melakukan percubaan sihir itu.

AERIL ZAFREL

PELAKON

Sementara itu, suami kepada aktres Wawa Zainal ini memohon maaf jika ada mana-mana pihak yang tersinggung dengan perbuatannya sebelum ini.

Dalam masa sama, dia turut memaafkan individu tersebut dan hanya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah untuk melindungi keluarganya itu.

“Barangkali ada salah dan khilaf yang saya tak sedari, saya dengan rendah hati memohon maaf pada pihak yang terasa hingga tergamak melakukan percubaan sih1r itu.

“Sejujurnya saya memaafkan perbuatan aniaya pihak itu kepada saya. Selebihnya saya serahkan pada Allah Rafiqul A’la. Semoga bertaubat dengan sesungguhnya.

Aeril bersama isteri, Wawa Zainal dan tiga anak mereka.

“Saya mohon ampun maaf pada semua. Saya serahkan diri saya, isteri dan anak-anak kepada sebaik-baik tempat berlindung dan perlindungan Yang Maha Menyelamatkan Allahurobbi,” ujarnya.

Enggan kejadian sama berulang, Aeril berkata dia terbuka menerima sebarang teguran dan bersedia untuk bertemu dengan individu berkenaan.

“Sekiranya masih ada lagi rasa tidak puas hati atau ingin melempiaskan amarah atau menegur kesilapan saya, marilah bertemu secara nyata.

“InsyaAllah saya akan berlapang dada untuk mendengarnya dan membetulkan apa jua kesalahan saya jika ada,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar

 

Be the first to comment on "‘Jumpa 3 objek’ Aeril Zafrel dan keluarga kena s1hir, sekali dia yg minta maaf, ini sebabnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*