Baru je NlKAH, Intan Lydiana Dah Mula Luah Perkara ini Kepada Harris

Selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz di Pejabat Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur sekitar pagi tadi.

Pelakon Harris Alif bersyukur majlis pernikahannya dengan Intan Ladyanaberjalan lancar.

Menurut Harris lagi, dia meluahkan rasa lega majlis nikahnya sudah pun selesai walaupun terpaksa menginjak tarikh pernikahan sehari awal daripada tarikh yang dirancang.

“Alhamdulillah saya rasa sangat bersyukur kerana dah selesai nikah walaupun umum kita tahu sekarang ini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP2.0) susah nak buat majlis,” katanya.

Akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pasangan itu terpaksa menangguhkan percutian dan berbulan madu di rumah sahaja.

“Perasaan tentunya terasa sikit namun kena biasakan dengan norma baharu.

Bila keadaan kembali seperti sedia kala barulah rancang untuk pergi, jadi buat masa ini duduk sahajalah di rumah,” katanya.

Mengikut perancangan awal, Intan dan Harris mendapat tajaan lebih RM13.5 juta untuk beberapa majlis termasuk malam berinai, majlis pernikahan, resepi dan majlis bertandang.

Terdahulu, acara akad nikah pasangan itu disempurnakan Penolong Pengarah Jawi, Ustaz Muhammad Azlan Marukum selaku jurunikah dan juga wakil wali.

Pada majlis serba ringkas itu, Harris menyerahkan mas kahwin berupa set perhiasan barang kemas dan sebentuk cincin berlian.

Manakala barangan hantaran sembilan dulang daripada pihak pengantin perempuan bebalas tujuh dulang daripada pihak lelaki.

Baru je NlKAH, Intan Lydiana Dah Mula Luah Perkara ini Kepada Harris

Meluahkan ras syukur dan lega majlis pernikahan berjalan dengan lancar, Harris berkata tanggungjawabnya kini sudah berubah apabila bergelar suami dan di masa akan datang akan bergelar bapa.

“Alhamdulillah.. kini kami sah sebagai suami isteri.

Walaupun pada mulanya saya berasa agak gugup sebelum majlis, selepas akad nikah saya berasa lega sangat.

“Menjadi suami adalah tanggungjawab baharu saya. Dahulu hidup bujang, sekarang sudah berdua.

Mungkin selepas ini bertiga, berempat (anak).

“Kami pun tidak merancang soal anak. Bila-bila saja kami bersedia untuk ada anak. Insya Allah,” katanya.

Dalam pada itu, Intan berkata dia sudah bersedia bergelar ibu meskipun banyak urusan yang tertangguh perlu diselesaikan.

“Insya Allah, tiba masanya nanti, saya akan fokus dan selesaikan kerja-kerja yang tertangguh, kemudian bila dah tak larat, saya akan berhenti shooting,” katanya.

Rekabentuk Bunga Dicpilak

Bagaimanapun di sebalik hari bahagia mereka, ada pula terselit cerita yang kurang enak

Ini berkenaan bunga tangan ataupun ‘hand bouquet’ digayakan oleh Intan yang didakwa telah ‘diciplak’.

Pemilik bunga tangan itu berkata ia merupakan hasil kerja pemilik kedai bunga tangan @fleurytale.my.

Dan bukan daripada rakan penaja @haejabudiman.co.

Memetik artikel Hot FM, Nak, pemilik kedai bunga tangan @fleurytale.my yang digelar Elissa Roslan memberitahu bahawa dia telah menerima tempahan daripada @haejabudiman.co.

Namun, dia tidak tahu bahawa mereka juga adalah pemilik bisnes bunga tangan (florist) dan merupakan penaja kepada hari pernikahan pelakon jelita tersebut.

Elissa menjelaskan lagi dia tidak mengenali individu yang menempah bunga tangan itu, pada mulanya dia menganggap tempahan bunga tangan itu ditempah untuk rakannya

kerana dia enggan mengisi maklumat yang diperlukan seperti laman Instagram milikya.

“Saya dihubungi oleh seseorang yang saya tidak tahu pun dia merupakan ‘florist’ juga.

Pada mulanya saya tidak tahu dan menyangka dia ingin membelinya untuk kawan.

“Biasanya untuk tempahan, saya menyediakan borang kepada para pelanggan untuk isi maklumat mereka termasuklah akaun Instagram.

Tetapi dia tidak mengisinya dan saya anggap dia tidak memiliki Instagram,” ujar Elissa kepada pihak Hot FM.

 

Bukan itu sahaja, ‘florist’ terbabit juga tidak mahu Elissa meletakkan sebarang kad yang memaparkan ‘brand’ miliknya pada bunga tangan tersebut.

Kemudian, dia cakap tak perlu letakkan kad. Awalnya, saya macam ‘oh saya memang tak letak sebarang kad, cuma tag ‘brand’ saya sahaja’.

Dan dia kata tak perlu letakkan tag ‘brand’ juga, jadi saya akur atas permintaannya,” jelas Elissa lagi.

Lebih tak disangka apabila keesokan harinya, Elissa mendapat tahu bahawa bunga tangan yang digubahnya itu dijumpai di laman ‘explore’ Instagram.

Tetapi hasil kerjanya itu dikreditkan kepada ‘florist’ berkenaan dan bukan mereka.

“Keesokan harinya (6 Februari), Intan ada dalam laman ‘explore’ saya dan bunga tangan itu kelihatan sangat ‘familiar’.

“Rupa-rupanya, ia memang hasil tangan saya kerana persamaan yang ditonjolkan terlalu banyak.

Reben pun memiliki warna sama dengan gubahan saya. Lepas itu, saya nampak ia dikreditkan kepada Haejabudiman.co,”katanya.

Berikutan itu, Elissa merasakan bahawa dirinya ditipu dan kec3wa kerana ‘florist’ tersebut tidak bersikap jujur dalam hal berkenaan.

Malah sanggup mencuri idea dan hasil tangannya.

Dalam pada itu, Elissa berkata dia sudah menghubungi ‘florist’ itu untuk mendapatkan penjelasan sebenar tentang isu berkenaan.

Menurutnya, pemilik ‘florist’ itu memohon maaf selain memberitahu bahawa dirinya kini sedang berpantang.

Dan tidak dapat memenuhi permintaan awal sebagai penaja seperti yang dipersetujui dalam kontrak bersama Intan.

Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, Elissa meminta semua pihak tidak mengeluarkan kenyataan berbaur kontroversi kerana isu tersebut masih dalam siasatan mereka.

Difahamkan lagi, pihak pengurusan pelakon itu mengetahui perkara tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

Sumber: Hot FM, Instagram @elissarsln

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://lamanmaya.pw/kbtv/baru-je-nlkah-intan-lydiana-dah/11972/

 

Be the first to comment on "Baru je NlKAH, Intan Lydiana Dah Mula Luah Perkara ini Kepada Harris"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*