Pelakon Ini Sanggup Keluar Kereta Berlari Kejar Per4gut Bermotor, In Penjelasan Pengarah

Sekiranya anda merupakan penonton drama Takdir yang Tertulis lakonan Nad Zainal dan Nazim Othman pastinya anda cukup tahu dengan babak viral yang berlangsung pada episod baru-baru ini. Malah, babak ini turut tular di kalangan netizen di media sosial.

Semuanya bermula apabila beg tangan Juweta yang dilakonkan oleh Nad Zainal diragut oleh per4gut bermotor. Sebagai langkah untuk ‘menghalang’ per4gut, Ean lakonan Alvin Chong terus turun daripada kereta Mini Cooper untuk berlari mengejar peragut.

Babak ini bukan sahaja menimbulkan pelbagai persoalan malah membuatkan para penonton ketawa terbahak-bahak. Anda boleh tonton video di bawah untuk memahami dengan lebih lanjut.

Turut mendapat perhatian netizen Indonesia

Babak yang dikatakan agak membingungkan ini bukan sahaja tular di kalangan netizen di Malaysia malah sejak mulai di muat naik di media sosial, babak ini turut menjadi perhatian netizen di luar negara termasuk di Indonesia. Berikut antara komen para netizen di Indonesia mengenai babak ini.

Berdasarkan komen para netizen di Indonesia, ternyata mereka juga turut bingung dengan babak ini sekaligus bertanyakan fungsi kereta dalam mengejar peragut. Lebih lucu apabila terdapat netizen Indonesia yang mengatakan drama Takdir Yang Tertulis adalah drama dari Korea.

Jawapan balas daripada pengarah Takdir Yang Tertulis

Meskipun menjadi bahan tawa dan kecaman daripada para netizen, pengarah Takdir Yang Tertulis dengan sempoi menjawab persoalan ramai mengenai babak yang sedang viral ini.

Menurut Shahrulezad Mohameddin selaku pengarah drama Takdir Yang Tertulis di Instagram beliau, babak tersebut dirakam sekitar jam 12 tengah malam di mana beliau bersama para krew semuanya sedang keletihan. Babak tesebut dikatakan tidak disengajakan dan tidak ada krew yang perasan dengan situasi yang berlaku sewaktu babak tersebut dirakam.

Beliau dikatakan mulai menyedari mengenai babak berkenaan sewaktu ditegur oleh editor selepas proses penggambaran tamat. Dengan harapan netizen ‘tidak perasan’, babak berkenaan telah dimasukkan di dalam drama sekaligus menjadi buah mulut netizen.

Shahrulezad Mohameddin turut memohon maaf atas kesilapan yang berlaku serta mengakui kesilapan yang dibuat. Beliau juga turut membandingkan kesilapan drama yang dibuat dengan drama negara luar turut tidak lari daripada kesilapan-kesilapan kecil.

Walau bagaimanapun, tahniah diucapkan pengarah drama ini kerana sekaligus membuatkan drama Takdir Yang Tertulis menjadi popular sekaligus membuatkan orang ramai berminat untuk menonton drama daripada pengarah filem Nur ini.

Watak wanita ‘ting tong’ dalam Takdir Yang Tertulis buka mata penonton terhadap lakonan Iman Suhana – “Itu memang perangai sebenar saya”

PELAKON Iman Suhana mengakui watak wanita bebal sebagai Ruzita dalam drama Takdir Yang Tertulis (TYT) telah membuka mata banyak pihak terhadap bakat lakonannya.

Menurut pemilik nama sebenar Norsuhana Mohamad Wahid, 31, ini dia sama sekali tidak menyangkakan lakonannya dalam drama itu akan mendapat perhatian di sebalik nama besar lain yang turut terlibat dalam naskhah yang sama.

“Alhamdulillah, saya akui drama ini telah menonjolkan bakat saya dan ramai pihak sudah mula buka mata.

“Setakat ini, semua penonton berikan komen positif terhadap watak Ruzita, malah mereka pun dah beri nama gelaran seperti Ita Ting Tong dan Ita Milo Tabur pada saya.

“Ramai cakap bila tengok watak saya walaupun antagonis, tapi tak jadi nak marah sebab terhibur dengan watak ting tong yang dibawakan Ita,” katanya ketika dihubungi mStar.

Iman bersama dua pelakon utama Takdir Yang Tertulis, Nad Zainal dan Elvina Mohamad.

Melihat kepada karakternya yang agak gila-gila dalam drama tersebut, Iman mengakui perwatakan sebenarnya di luar juga adalah sebegitu.

“Kalau nak tahu itu memang perangai sebenar saya tapi dengan orang-orang yang rapat dengan saya sahajalah seperti keluarga dan teman rapat.

“Kalau dengan orang yang baharu kenal, buang tabiat pula kalau saya nak berperangai sebegitu,” katanya berseloroh.

Enggan terus dikenali dengan watak sama, Iman berharap selepas ini ada pihak yang akan menawarkannya karakter yang lebih mencabar agar resume seninya dapat dipelbagaikan.

“Sebelum ini pun saya pernah membawakan karakter lebih kurang sama menerusi drama Monalisa yang disiarkan beberapa tahun lepas.

Kalau nak tahu itu memang perangai sebenar saya tapi dengan orang-orang yang rapat dengan saya sahajalah seperti keluarga dan teman rapat.

Watak gadis sengal yang dibawa Iman Suhana dalam drama Takdir Yang Tertulis dilihat cukup menghiburkan.

“Harap selepas ini saya dapat realisasikan impian untuk berlakon watak psiko. Itu memang watak yang menjadi idaman saya sejak daripada dulu lagi,” katanya yang mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Jurusan Teater (Pengarahan) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Iman Suhana bersama suami dan anak perempuannya.

Pelakon kelahiran Taiping, Perak ini sudah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Muhammad Shazwan Ibrahim, 32, pada tahun 2018. Hasil perkahwinan, dia dikurniakan seorang anak perempuan, Maya Inara yang kini berusia dua tahun.

Selain Iman, TYT yang diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin turut dibintangi Nad Zainal, Nazim Othman, Elvina Mohamad, Didie Alias dan Alvin Chong. Ia disiarkan menerusi slot Samarinda TV3 pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber  :  http://trendingsangat.pw

 

Be the first to comment on "Pelakon Ini Sanggup Keluar Kereta Berlari Kejar Per4gut Bermotor, In Penjelasan Pengarah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*