Aeril Zafrel Terus Ambil Wisma, Buka Lebih 2,000 Peluang Pekerjaan

Menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon Aeril Zafrel memaklumkan bakal membuka perniagaan baru berasaskan makanan ringan yang diberi nama Rielkies.

Menurut Aeril, perniagaan baharu itu bertujuan untuk mewujudkan peluang pekerjaan terutama buat mereka yang terjejas susulan pandemlk Covld-19.

“Produk untuk perniagaan ini belum dilancarkan lagi, tapi alhamdulillah sudah 2,000 peniaga yang mahu turut serta. Pada awalnya saya mencari 1,000 saja, tapi atas permintaan saya tambah lagi.

“Kebanyakan yang menghantar mesej peribadi (DM) adalah mereka yang diberhentikan kerja, ingin membantu suami dan gaji dipot0ng.

“Malah, ini juga tujuan utama saya mewujudkan perniagaan ini yang mana ingin membantu mereka yang benar-benar memerlukan sumber pendapatan,” katanya.

Yakin perniagaan tersebut akan berkembang maju, Aeril berkata disebabkan itu dia memilih untuk menjalankan operasi perniagaan di wisma.

“Doakan saya menjadi sebaik-baik manusia dan menjadi sebaik-baik ketua, Insya-Allah. Jika orang tanya kenapa terus ambil wisma untuk perniagaan baru ini, sebab saya yakin perniagaan baru saya ini memang boleh pergi jauh.

“Niat saya untuk melabur dalam perniagaan adalah untuk membantu lebih ramai lagi dan semoga memberi manfaat kepada mereka,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.rotikaya.com/aeril-zafrel-terus-ambil-wisma-buka-lebih-2000-peluang-pekerjaan/

 

Be the first to comment on "Aeril Zafrel Terus Ambil Wisma, Buka Lebih 2,000 Peluang Pekerjaan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*