Gelis4h Keseorangan Di Hospital, Pelakon ‘Mak Cik Petir’ Disahkan Positif C0V1D-19

Pelakon veteran Noryati Taib atau lebih dikenali dengan panggilan Makcik Petir dikalangan peminat drama disahkan positif C.ovid-19.

Berita itu dimaklumkan oleh anak saudaranya yang juga penerbit dan pengarah, Shahrulezad Mohameddin menerusi satu perkongsian di Instagram.

Menerusi entir itu, Shahrulezad turut memuat naik video Noyati di rumahnya sedang menunggu kedatangan ambulans untuk mengambilnya untuk dibawa ke hospital.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat)

“Saya merayu pada semua peminat mak uda Yati kesayangan ramai agar mendoakan kesembuhan dia dan semoga Allah tenangkan dia. Saya tahu dia tengah gelis4h sebab dekat hospital nanti, dia seorang sahaja, tak ada siapa dapat temankan dia.

“Doakan dia pulih dan tabah. Malah, doakan sekali agar semua pe.sakit C.ovid-19 yang lain sama ada kenal atau tidak diberikan kesembuhan yang sama,” tulisnya.

Difahamkan, Noryati menetap di Johor bersana keluarganya mula berlakon dalam drama Abang Mak Panggil Balik dan kerap berlakon di dalam drama terbitan Radiusone Sdn Bhd.

Dalam pada itu, kata Shahrulezad lagi, selain ibu saudara, sepupunya dikenali Ezzah juga disahkan positif C.ovid-19. Bagaimanapun, Ezzah hanya ku.arantin di rumah kerana mengalami simptom ringan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: rotikaya

 

Be the first to comment on "Gelis4h Keseorangan Di Hospital, Pelakon ‘Mak Cik Petir’ Disahkan Positif C0V1D-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*