Suami Sedang Buat Roadbl0ck, Isteri Terkejut Siapa Yang Balik Makan Tengah Malam? Isteri Polis Tak Tahan Diganggu.

SEORANG wanita berdepan detik menakutkan apabila rumahnya di Gelang Patah, Johor sering menerima g4ngguan m1stik.

Menurut Rina Azhar, 31, dia yang juga isteri kepada seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mula diganggu sejak tahun 2013 dan ia berlarutan hingga sekarang.

Mesra disapa Rina, ibu kepada lima cahaya mata itu sempat memperincikan kejadian pertama yang berlaku sewaktu dihubungi mStar.

“Saya menetap di berek polis. Kejadian pertama pada tahun 2013. Masa tu suami saya keluar bekerja, dia ada sekatan jalan raya dan sepatutnya balik pagi.

“Saya pula di dalam bilik bersama anak-anak. Tiba-tiba dengar ada orang balik, nampak bayang-bayang di bawah pintu.

“Kemudian dengar bunyi peti dibuka, ambil pinggan. Macam nak makan… Mula-mula takut, kemudian saya fikir, mesti suami saya yang balik nak makan.

Menurut Rina, suaminya sedang bekerja sewaktu kejadian itu berlaku. -Gambar Hiasan

“Saya minta anak sulung keluar tengok, tapi tak ada sesiapa. Mesej suami, dia kata dia masih bekerja,” imbas wanita itu.

Tambahnya, suami yang kerisauan sempat pulang menjenguk dia dan anak-anak pada malam itu sebelum keluar semula untuk bertugas.

Kata Rina, ia tidak terhenti di situ apabila hari-hari berikutnya dalam kehidupan mereka sekeluarga turut dih4ntui dengan gangguan-gangguan lain.

Selain penampakan lemb4ga berjubah hitam setinggi kabinet dapur, dia turut diganggu dengan bau-bau harum, bvsuk dan h4nyir dalam kediamannya.

Ada netizen yang minta saya jumpa ustaz sebab saya terlalu kerap diganggu.

RINA

“Selepas kejadian pertama, lepas tu makin kerap. Pernah nampak lembaga pakai jubah hitam, tapi muka tak nampak sebab gelap. Ia berlaku pada waktu Maghrib.

“Dulu pernah panggil jiran-jiran datang baca Yassin. Tapi tak ada perubahan. Saya pun masih menetap di rumah sama sampai sekarang.

“Pernah juga dengar bunyi melompat, bunyi macam suara suami panggil saya. Kalau dengar tu, t1pulah kalau tak takut.

“Tapi saya tak hiraukan sangat,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Rina juga kerap berkongsi kisah ser4m yang berlaku menerusi TikTok.

Malah, ada netizen yang turut memberi cadangan agar dia mencari kaedah alternatif dalam menyelesaikan masalah itu.

Antara video yang dikongsi oleh Rina.

“Sebelum ni pun saya pernah kongsi. Ada sambutan, orang minta saya ceritakan lagi.

“Ada netizen yang minta saya jumpa ustaz sebab saya terlalu kerap diganggu. Anak-anak pun pernah kena ganggu.

“Ramai netizen yang prihatin,” ujarnya lagi.

Bercerita mengenai keluarganya, Rina berkata suaminya kini berusia 33 tahun.

Memiliki lima cahaya mata, anak sulung kini berusia 14 tahun manakala si bongsu berusia tiga tahun.

Menurut suri rumah itu, dia juga mencari pendapatan sampingan dengan berniaga kosmetik secara dalam talian.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment on "Suami Sedang Buat Roadbl0ck, Isteri Terkejut Siapa Yang Balik Makan Tengah Malam? Isteri Polis Tak Tahan Diganggu."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*