Jalin hubungan baik selepas berp1sah, Keith Foo tak terfikir kembali dengan bekas isteri – “Saya tumpang gembira dia sudah ada pengganti”

LEBIH setahun bercer4i, pelakon Keith Foo mengakui dia tidak pernah menyimpan hasrat untuk kembali bersama bekas isterinya iaitu Kim Raymond malah mereka lebih selesa menjadi kawan.

Keith atau nama sebenarnya Foo Chuan Chin berkata dia banyak menerima pertanyaan mengenai punca perpisahan memandangkan mereka masih menjalinkan hubungan baik.

Keith bagaimanpun memberitahu biarpun dia dan Kim bukan lagi pasangan suami isteri namun tetap akan menjaga anak perempuan mereka iaitu Skylar Raymond Foo dengan baik.

Keith akan menjaga anak mereka jika Kim luangkan masa bersama teman lelakinya.

“Tak pernah timbul nak kembali kepadanya pun. Saya dan dia pun selesa dan lebih positif dengan hubungan selepas berpisah. Buat apa nak ubah sesuatu yang sudah menggembirakan.

“Memang ada yang tanya kenapa perlu berpisah sedangkan masih boleh baik bersama. Persoalan itu bersifat subjektif. Perpisahan mungkin dianggap sebagai sesuatu yang neg4tif.

“Tapi jika ia baik untuk keseluruhannya, maka itulah pilihan yang ada. Kalau bertahan dalam hubungan yang tak sihat pun ia akan beri kesan burvk kepada anak kami. Malah berpisah ini buat kami jadi lebih positif.

“Kami sepakat nak jaga Skylar sebaik mungkin. Ibarat anak takkan rasa yang ibu bapanya sudah berpisah biarpun belum cukup besar untuk memahami semua yang berlaku. Anak pun tak sunyi dan tak rasa terpinggir,” katanya kepada mStar.

 

Saya pernah beritahu dekat dia yang saya tumpang gembira dengan kehadiran pengganti dalam hidupnya.

KEITH FOO

PELAKON

Menerusi laporan mStar pada 24 Ogos tahun lalu, Keith mengesahkan dia dan bekas isterinya sudah bercer4i secara rasmi sejak Disember 2019.

Menurut pelakon yang pernah popular menerusi drama Ariana Rose ini, dia menyerahkan hak jagaan anak mereka kepada bekas isterinya yang juga seorang model.

Dalam pada itu, Keith meluahkan rasa gembira apabila mengetahui bekas isterinya itu sudah menemui pengganti baharu dalam hidupnya.

Malah pelakon berusia 38 tahun ini turut mendedahkan dia akan menjaga anak mereka sekiranya Kim ingin meluangkan masa bersama teman lelakinya.

Keith tumpang gembira bekas isteri sudah temui pengganti.

“Saya pernah beritahu dekat dia yang saya tumpang gembira dengan kehadiran pengganti dalam hidupnya. Saya harap yang terbaik untuk dia.

“Malah pada satu tahap kalau dia nak pergi berdating dan saya ada masa lapang, anak kami boleh saya tolong jaga. Cuma saya saja belum ada pengganti.

“Saya pun selesa dengan keadaan begini buat sementara waktu. Saya terbuka untuk bercinta cuma belum masanya. Anak pun sudah isi kekosongan hati saya,” ujarnya.

Keith mendirikan rumah tangga dengan Kim pada November 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Skylar Raymond Foo yang kini berusia empat tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment on "Jalin hubungan baik selepas berp1sah, Keith Foo tak terfikir kembali dengan bekas isteri – “Saya tumpang gembira dia sudah ada pengganti”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*