Bantu Promosi Buku, Saling Balas Like. Hubungan Neelofa & PU Riz Semakin Pulih?

Sebelum ini, tercetus banyak spekulasi mengenai hubungan di antara pengacara terkenal iaitu Neelofa bersama PU Riz. Bukan itu sahaja, netizen juga tertanya-tanya mengenai cincin di jari manis Neelofa sewaktu dia membuat Live Instagram menjelaskan dakwaan tidak benar mengenai hubungan mereka berdua, tempoh hari.

Terbaru, hubungan antara Neelofa dan PU Riz dikhabarkan sudah kembali pulih selepas dilihat kedua-dua mereka berbalas Like di foto masing-masing.

Selepas hampir sebulan isu perhubungan antara Neelofa dan PU Riz menjadi perbualan ramai, pengacara itu dilihat mula memberi bayangan ikatan mereka semakin baik. Malah, Neelofa juga dilihat memberi tanda Like pada foto PU Riz yang dimuat naik pendakwah bebas itu baru-baru ini.

Foto yang dimaksudkan itu adalah foto memaparkan PU Riz sedang memegang buku penulisannya bertajuk Kaya Jiwa. Malah, peminat juga menyedari tanda Like yang diberikan Neelofa kepada Pu Riz itu.

Difahamkan, tanda Like tersebut adalah yang pertama diberikan selepas perkhabaran mengenai hubungan pasangan ini didakwa ret4k pada Disember tahun lalu. Tindakan pasangan ini saling berbalas Like dalam posting di Instagram masing-masing menguatkan lagi khabar angin bahawa hubungan mereka sudah kembali pulih.

Malah, lebih menguatkan spekulasi lagi, Neelofa kelihatan pernah mempromosikan buku Kaya Jiwa penulisan PU Riz di IG Story tempoh hari.

Sumber: Kosmo

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : D bongkar

 

Be the first to comment on "Bantu Promosi Buku, Saling Balas Like. Hubungan Neelofa & PU Riz Semakin Pulih?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*