Janna Nick ‘s0und’ netizen tak campur urusan Shuk Sahar “tapi ramai yang sk4ndal, bezanya mereka bukan artis”

ISU pergolakan rumah tangga yang sedang dihadapi pelawak Shuk Sahar masih terus hangat diperkatakan dalam kalangan netizen.

Perkara itu turut menarik perhatian pelakon Janna Nick yang mempunyai pendapat tersendiri berhubung kisah yang melibatkan kehidupan peribadi rakan selebriti itu.

Janna yang meluahkan pandangannya di laman Instagram meminta agar masyarakat tidak perlu mencampuri urusan peribadi seseorang artis berbanding dengan kerjaya mereka.

“Bukan nak backup Shuk, tapi kita tidak tahu perjalanan hidup kita ni macam mana. Ramai lagi orang di luar sana yang ada sk4ndal semua, bezanya mereka bukan artis.

“Tak perlu campur urusan peribadi dia dengan kerjaya.

“Ni sembang lebih-lebih, satgi kena mar4h…” katanya.

 

Isu-isu dalam kain ini kita tidak tahu siapa betul, siapa salah. Kena batang hidung sendiri baru kita nak sedar.

JANNA NICK

PELAKON

Janna berkongsikan pendapatnya di Instagram.

Menurut Janna lagi, orang luar tidak perlu melontarkan komen buruk mengenai kisah peribadi artis kerana risau ia akan memakan diri satu hari nanti.

“Isu-isu dalam kain ini kita tidak tahu siapa betul, siapa salah. Kena batang hidung sendiri baru kita nak sedar.

“Jadi lebih baik kita doakan yang baik-baik. Kita dok pulun kutvk sana kutuk sini pun tak guna.

“Silap-silap esok-esok mereka suami isteri baik balik,” ujarnya.

Hasil perkahwinan, Shuk dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Menerusi laporan mStar pada Sabtu, isteri Shuk, Rossalennah Natassyiah Asshaferah mendakwa suaminya berlaku curang sekali lagi dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.

Bagaimanapun menerusi pengakuan secara eksklusif kepada mStar, Fara berkata hubungannya dengan Sudah lama berakhir sejak kali pertama isu sk4ndal antara mereka dihidu pihak media.

Untuk rekod Fara adalah individu yang sama dikaitkan menjalinkan hubungan dengan Shuk sekitar Julai 2020.

Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berusia setahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://trendingsangat.pw/jjjj-sss-kaww-cammmm/

 

Be the first to comment on "Janna Nick ‘s0und’ netizen tak campur urusan Shuk Sahar “tapi ramai yang sk4ndal, bezanya mereka bukan artis”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*