Siap Dedah Jumlah Nafkah Anak Dari Bekas Suami, Kalini Rita Sound Lagi Pedas

NAMPAKNYA tuduhan demi tuduhhan antara Rita Rudaini dan Aidil Zafuan Abdul Radzak terus berpanjangan apabila aktres itu sekali lagi mendedahkan mengenai sikap bekas suaminya itu.

Ia selepas Aidil mendakwa tidak pernah gagal memberi nafkah bulanan kepada dua anaknya yang kini dipelihara oleh Rita sebagaimana diperintahkan oleh mahkamah.

Namun menurut Rita, dia tidak mempertikaikan nafkah bulanan diberi namun hanya terkejut apabila Aidil memasukkan nama dua anak bawah penjagaan Rita bagi mendapat pengecualian cukai pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negrii (LHDN).

Menurut pelakon berusia 45 tahun itu, dia mempersoalkan tindakan Aidil itu memandangkan anak-anak mereka hanya diuruskan oleh dirinya tanpa bantuan orang lain.

“Saya tak pernah cakap pun tak bayar nafkah. Selama ini semua orang tahu keputusan nafkah untuk anak umur setahun dan tiga tahun. Itulah duit pembelanjaan susu dan pampers. Sekarang dah 2021 tapi jumlah yang sama.

“Aik hari ini (Ahad) berbunyi pula fasal kes LHDN ke… Kenapa pergi claim? Kesi4n saya sebab bela seorang, bukan saya nak claim tapi masa nak isi borang itu ada dinyatakan apa yang boleh.

Antara status terbaru yang dimuat naik Rita.

“Rupa-rupanya dah ada orang claim. Saya tak bising pun masa dapat tahu empat tahun lalu. Nak beritahu netizen daripada takut Allah. Moga Allah beri kesedaran dan bersihkan hati,” kata Rita.

Pelakon drama siri Geng Mak Mak ini mendedahkan perkara tersebut dengan memuat naik beberapa status di laman Instastory miliknya sejak Ahad.

” Sedekah sana sini, tapi tanggunjawab pada yang utama iaitu ibu, bapa&anak kita abaikan, ZERO sedekah tu” – Rita

Bagaimanapun Aidil ketika dihubungi mStar pada Isnin memilih untuk mengunci mulut mengenai segala dakwaan yang dilontarkan terhadapnya.

“Maaf ya… saya tak nak komen apa-apa,” kata Aidil secara ringkas menerusi aplikasi WhatsApp kepada mStar.

Sebelum ini, Aidil menjelaskan dia menjalankan tanggungjawab terhadap dua cahaya matanya iaitu Airit Rayyan Rizqin, 12, dan Airit Qaqa Arjuna, 10, tanpa gagal pada setiap bulan seperti ditetapkan mahkamah.

Aidil turut memberitahu dia menyimpan bukti pembayaran nafkah bulanan dan berhak menyatakan setiap tanggungannya kepada LHDN malah Rita selaku bekas isterinya juga mengetahui perkara tersebut.

Pemain kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) itu juga terkilan, apabila pihak Rita tidak menjelaskan perkara sebenar sehingga menimbulkan salah faham dan spekulasi buruk yang menjejaskan nama dan kerjayanya.

Dalam pada itu, pemilik nama Rita Rudaini Mokhtar ini berkata dia tidak pernah meminta dan menaikkan wang pembelanjaan anak-anak sejak 2015.

Malah, pelakon telefilem Milik Kita ini memberitahu pemain bola berusia 34 tahun itu sepatutnya berasa bersyukur kerana mempunyai bekas isteri yang telah mendidik anak-anak mereka dengan baik.

“Jangan bunyi, saya tak bunyi dan tak minta naikkan belanja pun dari 2015 hingga sekarang. Saya tak kacau pun duit awak anak beranak. Kenapa sentap? Patutnya hang bersyukur la ada bekas bini yang bagus didik benih hang ini jadi manusia.

Rita membesarkan dan menguruskan dua orang anaknya tanpa bantuan orang lain.

“Sekurang-kurangnya aku tak lari tinggal anak-anak aku. Pergi mana pun aku bawa, didik anak seorang tak pernah cuit atau kacau duit harta hang. Pengalaman dulu yang ajar aku jadi loud dan berani.

“Saya tak minta disokong mana-mana netizen sebab saya tak pernah takut jalan/ berjuang seorang diri sebab Allah sentiasa ada dengan kami. Alhamdulillah, kami elok-elok saja hingga sekarang sebab Allah jaga,” ujarnya.

Untuk rekod pada tahun 2017, Mahkamah memerintahkan Aidil membayar RM3,000 sebulan pada Januari 2015, manakala untuk tuntutan mutaah, dia diperintah membayar RM30,000 pada Oktober 2015.

Aidil berkahwin dengan Rita pada 2008 namun bercerai pada September 2013.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 12, dan Airit Qaqa Arjuna, 10, yangkini di bawah jagaan Rita.

Aidil seterusnya berkahwin dengan Zarema Zainal pada 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

Diharapakan kedua-dua belah pihak dapat menyelesaikan perselisiahn yang berlaku dalam kekeluargaan dari ters membuat sindiri di media sosial

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://trendingsangat.pw/rita-aidill-nafk-anak/

 

Be the first to comment on "Siap Dedah Jumlah Nafkah Anak Dari Bekas Suami, Kalini Rita Sound Lagi Pedas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*