Tular gambar pakai gelang merah jambu isi minyak, Warga emas tampil beri penjelasan

ALOR GAJAH – Polis menjelaskan lelaki warga emas memakai gelang merah jambu yang tular menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook kononnya ingk4r perintah kuarantin sebenarnya kehabisan minyak ketika dalam perjalanan ke Hospital Alor Gajah untuk memotong gelang itu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, disebabkan itu, warga emas berumur 69 tahun terbabit terpaksa berhenti untuk mengisi minyak di Masjid Tanah kira-kira 9.54 pagi Sabtu sebelum dirakam seorang individu dan ditularkan sehingga menerima pelbagai kec4man.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati m4ngsa telah diarah menjalani kuar4ntin di rumahnya di Pengkalan Balak bermula 13 Januari lepas hingga Sabtu dan stesen minyak Petron Masjid Tanah itu merupakan stesen minyak pertama yang dijumpai m4ngsa dalam perjalanan tersebut.

“Berdasarkan si4satan, lelaki berkenaan dalam perjalanan ke Hospital Alor Gajah bersama isteri dan anak perempuannya bagi memot0ng gelang merah jambu itu,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau, lelaki itu hanya mengetahui gambarnya mengisi minyak tersebut tular pada Ahad selepas dimaklumkan oleh anaknya sebelum dia membuat lap0ran p0lis pada kira-kira 1 tengah hari Ahad bagi menjelaskan perkara sebenar selain meminta mereka yang berkenaan memad4mkan gambar berkenaan.

Gambar lelaki warga emas memakai gelang merah jambu yang tular menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook

Jangan pot0ng gelang merah jambu sesuka hati, polis kenakan tindakan teg4s

Individu dalam pengawasan (PUS) dan yang memakai gelang merah jambu atau putih, diingatkan agar tidak memotong gelang terbabit sesuka hati semata-mata untuk keluar rumah.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenay4h dan Keselamatan Komuniti Kedah, SAC Che Zaimani Che Awang berkata, jika tertangkap, individu terbabit akan dikenakan tindakan ker4s dan diheret ke mahkamah.

“Kita harap orang yang terlibat ini juga jangan mem0tong (gelang) sebarangan atau keluar daripada kuarantin di rumah. Untuk makluman, pihak polis telah ditaklimatkan semua perkara ini. Kalau kita jumpa, memang kita akan t4ngkap.

“Kalau dia (PUS) hendak keluar, dia mesti minta kebenaran pihak hospital. Memang ada orang yang ada hal penting, nak jumpa orang s4kit atau jika ada kem4tian contohnya, dia nak pergi juga, boleh, dengan syarat, dapat kebenaran pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Sebab, kita tidak begitu kej4m sehinggakan ada masalah yang begitu kritik4l, tidak boleh pergi. Tidak begitu. Dapatkan permohonan, kebenaran, daripada KKM,” katanya.

Beliau berkata, gelang merah jambu itu hanya boleh ditanggalkan di Pejabat Kesihatan atau Klinik Kesihatan Malaysia kerana perlu melalui prosedur yang ditetapkan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://trendingsangat.pw/gambar-pakai-gelang-merah-jambu-pak-cik/

 

Be the first to comment on "Tular gambar pakai gelang merah jambu isi minyak, Warga emas tampil beri penjelasan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*