Baru Je Aidil Buka Mulut Hal Nafkah Anak, Sekali Rita Rudaini Beri Ayat Yg Lagi Pedas

Pemain bola sepak, Aidil Zafuan, hari ini mengeluarkan satu kenyataan ‘menegur’ mulut sesetengah pihak yang mendakwa dirinya tidak memberikan nafkah secukupnya kepada anak-anaknya bersama bekas isteri iaitu Rita Rudaini.

Susulan daripada itu, Rita Rudaini turut memuat naik satu posting di Instagram Storynya berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Aidil.

Menurut Rita, dia mendakwa tidak pernah bercakap pun mengenai isu tak bayar nafkah anak-anak. Tambahnya, selama ini semua orang tahu keputusan nafkah untuk umur anak setahun dan tiga tahun itu. Jelasnya lagi, itulah duit perbelanjaan susu dan pampers anak-anak.

Sekrang tahun berapa ye. Owh 2021. Tapi amaun yang sama. Dari dulu tiada dui baju raya, tiada baju raya, tiada duit lain-lain, tiada duit taska, tiada duit sekolah.

Ke tak tau anak dah sekolah mungkin. Duit bulan Disember 2019 terlepas pandang kot tak bagi. Tapi saya diamkan sajalah sebab berapa sangat la pun untuk anak-anak yang dah besar.

Rita turut mendakwa amaun yang diberikan bekas suaminya itu masih sama meskipun sudah masuk tahun 2021.

Di samping itu, Rita turut mendakwa dia tidak pernah menganggu bekas suaminya apatah lagi di saat anaknya dibuli. Rita turut didakwa meluahkan perasaan terkejut sebaik sahaja bekas suaminya memuat naik kenyataan tersebut.

Di akhir kenyataan, Rita turut mendakwa bahawa dia tidak mahu ‘claim’ LHDN namun, masa hendak mengisi borang tersebut sudah dinyatakan apa yang boleh.

Rita juga mendakwa dia tidak bis1ng selama empat tahun yang lepas.

.

.

.

Sumber: Rita Rudaini

Terdahulu Respon Dari Aidil…

Umum sedia maklum, hubungan rumah tangga pemain bola sepak negara iaitu Aidil Zafuan bersama pelakon Rita Rudaini telah berakhir pada tahun 2014. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Airit Rayya Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. Kemudian, Aidil Zafuan mengambil keputusan untuk berkahwin bersama Zarema Zainal pada tahun yang sama dicer4i dengan aktres itu.

Malah, sebelum ini juga Rita Rudaini pernah didakwa mempertahankan haknya sebagai seorang ibu untuk menuntut nafkah kepada Aidil Zafuan di mahkamah. Cerita ini tidak kesudahan apabila ada ‘mulut-mulut’ yang mendakwa Aidil Zafuan tidak beri nafkah kepada anak-anaknya.

Didakwa tidak beri nafkah cukup

Aidil Zafuan mengeluarkan satu kenyataan menegur mulut sesetengah pihak yang mendakwa dirinya tidak memberikan nafkah secukupnya kepada anak-anak. Kenyataan tersebut telah dimuat naiknya menerusi entri di IG Story.

Aidil menjelaskan bahawa dia selama ini telah memberikan nafkah secukupnya kepada anak-anak setiap bulan tanpa gagal seperti mana yang ditetapkan oleh pihak mahk4mah. Malah, dia juga mempunyai bukti pembayaran wang yang telah dipindahkan ke akaun yang seharusnya. Tambahnya lagi, seharusnya ‘pihak sebelah sana’ sudah maklum terima nafkah tersebut.

Selama ini saya berdiam

Aidil didakwa mengeluarkan kenyataan sebegini adalah kerana ada segelintir pihak melemparkan tuduhan dengan mengatakan dia tidak memberi nafkah. Dia juga berharap agar ‘pihak sebelah sana’ tidak menghebahkan perkara sebenar sehingga menimbulkan ker4guan orang ramai mengenai tanggungjawabnya sebagai seorang ayah.

Tidak beragak ambil tindakan

Tambah Aidil lagi, dia selama ini tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan adalah bersebab. Dia tidak mahu masalah yang dihadapi ini memberi kes4n di media sosial dan anak-anak yang sedang membesar.

Bukan itu sahaja, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil sebarang tindakan terhadap individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitn4h tanpa bukti asas.

Sumber: Aidil Zafuan

Kredit: Ohbulan

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sumber : viral my

 

Be the first to comment on "Baru Je Aidil Buka Mulut Hal Nafkah Anak, Sekali Rita Rudaini Beri Ayat Yg Lagi Pedas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*