Hannah Delisha tak mahu j4ja kisah peribadi, lebih suka sikap ‘low profile’ – “Saya tak pernah bimbang soal rezeki selepas bertudung”

PERNAH dikatakan sukar memberi kerjasama dengan teman media, pelakon Hannah Delisha tampil menepis tanggapan tersebut dengan mengatakan dirinya masih sama dari mula menjejak kaki ke dunia hiburan.

Menurut Hannah, tujuan dia menceburi industri seni untuk menghiburkan peminat dengan hasil kerja yang dilakukan dalam bidang lakonan, nyanyian mahupun perniagaan.

Kata Hannah, dia lebih selesa berkongsi mengenai kerjaya sahaja memandangkan dirinya seorang yang tidak gemar menjual kisah peribadinya kepada umum.

Hannah mahu hiburkan peminat dengan hasil kerjanya.

“Dari dahulu sampailah sekarang, saya tak rasa ada perubahan yang besar pun. Saya masih Hannah Delisha yang sama. Fokus utama saya pun lebih kepada dalam soal kerja sahaja.

“Saya nak hiburkan peminat dengan hasil kerja dilakukan. Baik lakonan, nyanyian atau perniagaan sekalipun. Pada yang kenal saya, tahu diri ini lebih bersikap ‘low profile’.

“Saya pun tak suka nak kec0h-kec0h. Saya pun tak biasa nak kongsi hal peribadi. Kalau saya rasa nak kongsi, pasti saya sedia berbuat demikian. Begitulah sebaliknya,” kata Hannah kepada mStar.

Sebelum ini, tindakan pelakon drama siri Cinta Sekali Lagi itu memadam lebih 800 foto dirinya memakai pakaian seks1 di laman Instagram menerima pujian daripada netizen.

 

Sepatutnya saya nak kembali fokus kepada bidang nyanyian. PELAKON

Rata-rata peminat di laman sosial meluahkan rasa gembira melihat perubahan pelakon berusia 25 tahun itu kini yang lebih mengutamakan kepentingan menjaga aurat.

Dalam pada itu, pelakon kelahiran Singapura ini memberitahu dia sepatutnya ingin memberi tumpuan semula kepada bidang nyanyian namun hasratnya tergendala disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Biarpun terpaksa melupakan hasratnya buat sementara waktu namun Hannah sentiasa terbuka menerima tawaran berlakon yang bersesuaian dengan imejnya terkini.

“Sepatutnya saya nak kembali fokus kepada bidang nyanyian. Tapi ia tergend4la sebab situasi semasa. Malah pada masa sama saya juga akan lancarkan perniagaan baju rekaan modest untuk wanita,

Hannah akan terima tawaran berlakon yang sesuai dengan imejnya.

“Bab berlakon kalau ada rezeki lagi, saya berserah. Saya tak pernah bimbang dan risau dengan rezeki saat membuat keputusan bertudung. Apa yang penting saya akan buat yang terbaik dengan amanah kerja lakonan diberikan.

“Kalau ada tawaran berlakon yang kena dengan penampilan dan perwatakan, saya sedia cabar diri. Andai dapat lagi tawaran watak antagonis sekalipun sudah bertudung, saya sedia mempertimbangkannya kembali.

“Watak jah4t itu tak boleh kita nilai daripada zahir dan penampilan saja. Ada saja wanita bertudung yang boleh pegang watak jah4t. Saya serahkan kepada skrip dan watak,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment on "Hannah Delisha tak mahu j4ja kisah peribadi, lebih suka sikap ‘low profile’ – “Saya tak pernah bimbang soal rezeki selepas bertudung”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*