Shuib Baru Je Lepaskan Sepahtu, Sekali Isteri Siti Sarah Bersuara “Awak Sangat2 Sedih Sebab…”

Kuala Lumpur: Penyanyi Siti Sarah mengakui keputusan suaminya yang juga pelawak,  Shuib meninggalkan kerjaya sebagai penyampai radio di Hot FM, tidak mudah. 

Sarah berkata, Shuib begitu sedih untuk meninggalkan stesen radio terbabit yang sudah dianggap sebagai sebuah keluarga. 

“Saya tahu hari ini (semalam) adalah hari yang paling berat untuk awak. Lama awak fikir nak buat keputusan ini. Iyelah, dua tahun di Hot FM dan semua kat radio tu awak dah anggap macam famili.

“Ingat lagi, masa awal bincang fasal nak tinggalkan Hot FM. Awak sangat sangat sedih sebab  cintakan kerjaya ini dan seronok kerja di sana. 

“Sampaikan awak pernah cakap kerja kat Hot FM ini lain. Mereka menjaga awak dan menghormati semua pekerja,” katanya.

Semalam, Shuib memutuskan untuk meninggalkan Hot FM selepas dua tahun berkhidmat untuk stesen radio itu.

Keputusan itu diambil kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan yang dijalankan sekali gus menafikan dirinya dilamar stesen radio lain.

Menurut Sarah, dia memahami keputusan sukar yang perlu dibuat Shuib demi kelangsungan hidup dan masa depannya.

“Saya faham bila awak cakap hidup ini kita kena berkorban, apabila nak buat sesuatu yang lebih besar untuk masa depan. 

“Saya nak beritahu apa pun awak buat, saya akan tetap ada dan sentiasa ada di belakang. Saya doakan bisnes kita akan terus berjaya dan bantu lebih ramai rakyat Malaysia yang sekarang ini berjuang untuk cari peluang kerja,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Harian Metro

 

Be the first to comment on "Shuib Baru Je Lepaskan Sepahtu, Sekali Isteri Siti Sarah Bersuara “Awak Sangat2 Sedih Sebab…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*