“Rumah Kau Makin Cantik” Achey Bocey Kngsi Pasal Arwah Abam Buat Ramai Sebak

Tanggal 10 Februari 2020 merupakan tarikh yang sangat mengejutkan buat peminat dunia hiburan apabila pelawak terkenal, Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan telah meninggal dunia di usia 32 tahun.

Aku kecil hati, kau tak wish birthday aku ya...” - Fad Bocey sedih sambut hari lahir tanpa pelukan Abam - Hiburan | mStar

Pemergian Abam telah meninggalkan kesan yang sangat besar kepada ahli keluarga serta ahli kumpulannya iaitu Bocey yang terdiri daripada Achey serta Fad.

Bersempena dengan ulang tahun Allahyarham Abam yang jatuh pada 19 Januari, sebagai sahabat baik, Achey telah memuat naik sekeping gambar Abam berserta caption yang menyayat hati.

Achey telah menceritakan sedikit sebanyak tentang apa yang sedang terjadi di sini yang mana kita semua sedang ‘berperang’ melawan virus Covid-19.

“Rumah’ kau makin cantik… Haritu aku dengan Fad dan Sya dapat laa singgah jap… Sebelum PKP balik.. Sekarang kalau dapat ruang jumpa Fad benda lain takda.. Mesti borak pasal kau..”

Dalam masa yang sama, Achey turut mengatakan bahawa semua orang masih lagi mengirim doa kepada Abam walaupun kini kita semua berada dalam keadaan yang sangat genting.

Ruangan komen laman Instagram Achey dihujani dengan kata-kata semangat daripada ramai peminat Allahyarham Abam.

Semoga Arwah Abam dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Selamat Hari Lahir yang ke-33, Abam!

‘Gemok is awesome!’

Sumber foto: Instagram Achey Bocey

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.hotfm.com.my/hotselebriti-rumah-kau-makin-cantik-allahyarham-abam-kini-berusia-33-tahun-ini-apa-yang-dikongsikan-achey-bocey/

 

Be the first to comment on "“Rumah Kau Makin Cantik” Achey Bocey Kngsi Pasal Arwah Abam Buat Ramai Sebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*