Rupa-rupanya abang polis pegang kadbod ‘tangguh nikah’ vir4l angkara sepupu – “Keputusan dibuat selepas bincang hati ke hati”

“SEDIH memang sedih, tapi saya reda dengan apa yang berlaku.”

Demikian kata seorang pegawai polis, Ahmad Zaim Nasreen Musa apabila terpaksa menangguhkan majlis pernikahannya demi keutamaan kepada tugas, selepas kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang pandemik Cov1id-19.

Ahmad Zaim sepatutnya melangsungkan pernikahannya bersama pasangan, Mas Ayuvita Azizul pada 17 Januari lalu di Gemas, Negeri Sembilan.

Dia menjadi perhatian ramai selepas gambarnya yang lengkap berpakaian seragam polis sambil memegang nota bertulis ‘sepatutnya hari ini saya nikah 17.01.21’ menjadi tular di media sosial sejak dua hari lalu.

Berkongsi cerita bersama mStar, Ahmad Zaim berkata dia sama sekali tidak menjangka gambar tersebut akan menjadi viral memandangkan dia tidak memuat naik di mana-mana akaun media sosial.

“Gambar itu diambil ketika saya selesai tugasan sekatan jalan raya dan sedang dalam pertukaran tugas lain. Tengah tak ada buat apa, pengguna jalan raya pun tak ada, jadi saja-saja ambil gambar.

Undangan perkahwinan yang sepatutnya diedarkan kepada tetamu.

“Ketika tu bohonglah kalau tak sedih sebab sepatutnya majlis nikah saya. Pegawai atasan dalam team ketika itu juga beri kebenaran, malah beliau kata ‘ambillah gambar buat kenangan’.

“Kemudian saya hanya post dalam status WhatsApp dan grup WhatsApp famili. Abang sepupu yang kemudian muat naik dalam Facebook dia dan dari situlah viral.

“Terkejut juga saya bila buka Facebook, nampak muka sendiri. Masa tu daripada terkejut, terus jadi bimbang. Tapi Alhamdulillah, ramai netizen yang beri komen positif dan kata-kata semangat. Sedikit sebanyak terubat juga rasa sedih,” ujar anggota polis berusia 25 tahun ini.

Bercerita lebih lanjut, Ahmad Zaim yang bertugas di Balai Polis Pantai, Bangsar berkata keluarga kedua-dua belah pihak telah sepakat memilih tarikh 17 Januari, tambahan pula ia hanya berselang sehari dengan ulang tahun kelahiran tunangnya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong turut memuji pengorbanan Ahmad Zaim.

“Hendak dijadikan cerita ketika tengah bertugas, kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKP bermula 13 Januari. Masa tu dah berderau juga darah. Tidak lama kemudian, pasukan terima pemakluman tentang pembekuan cuti.

“Masa tu memang harapan nak teruskan majlis ibarat telur di hujung tanduk. Sebenarnya walau cuti beku, ada syarat pengecualian untuk cuti kecemasan termasuk cuti nikah atas alasan munasabah.

“Keputusan dibuat selepas bincang dari hati ke hati dengan kedua-dua keluarga pada 12 Januari, kami sepakat tangguhkan dulu. Sebab saya dan tunang dari kawasan PKP, nak buat majlis pula di negeri PKPB.

 

Keputusan dibuat selepas bincang dari hati ke hati dengan kedua-dua keluarga pada 12 Januari, kami sepakat tangguhkan dulu.

AHMAD ZAIM NASREEN MUSA

ANGGOTA POLIS

“Kebetulan ada kes positif Cov1d-19 juga di lokasi majlis iaitu kampung tunang saya. Jadi untuk elakkan risiko, kami sepakat tangguh. Tak mahulah nanti wujud klvster baru pula,” ujarnya yang sudah lebih dua tahun berkhidmat sebagai anggota polis.

Dalam pada itu, Ahmad Zaim turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan komen positif dan kata-kata semangat serta menghargai tugas pasukan keselamatan sepanjang pandemik Cov1id-19.

“Saya ucapkan terima kasih sangat-sangat. Alhamdulilah atas komen positif. Tapi saya nak jelaskan, memang tiada niat nak viral atau acah-acah. Niat hanya berkongsi dengan keluarga saja,” ujarya.

Sewaktu PKP kali ini, Ahmad Zaim ditugaskan untuk melakukan sekatan jalan raya (SJR). Gambar hiasan.

Malah dia turut menitipkan nasihat kepada seluruh rakyat agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang masa untuk memutuskan rantaian Covi1d-19.

“Kalau tiada urusan penting atau kecemasan, tangguhkan apa jua rancangan perjalanan. Setakat nak melawat, atau lepas rindu, semua itu boleh dilakukan selepas keadaan beransur pulih.

“Jangan pentingkan diri… sikap macam ni buatkan kita susah nak putuskan rantaian. Bila jadi macam ni, ada yang hilang kerja, ada golongan berisiko yang dijangkiti. Sama-sama kita bekerjasama,” ujarnya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar

 

Be the first to comment on "Rupa-rupanya abang polis pegang kadbod ‘tangguh nikah’ vir4l angkara sepupu – “Keputusan dibuat selepas bincang hati ke hati”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*